BERBUAT SYIRIK DAN MENYOKONG/REDHAKAN SYIRIK BERDOSA - TopicsExpress



          

BERBUAT SYIRIK DAN MENYOKONG/REDHAKAN SYIRIK BERDOSA BESAR Hadist riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Maukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar?, ‘Kami menjawab, Ya wahai Rasulullah!’, Beliau bersabda, Berbuat syirik kepada Allah dan durhaka kepada kedua orang tua.” Syirik adalah satu-satunya dosa yang Allah tidak mahu ampunkan. Pelakunya akan murtad dan kafir, dan seandainya tidak bertaubat sebelum mati mereka akan kekal dalam neraka jahanam yang apinya 70x lebih panas drp api dunia selama-lamanya. Nauzubillah. firman ALLAH S.W.T : “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadap-Nya dan akan mengampunkan selain dari dosa kesyirikan bagi sesiapa yang diekehendakinya. Sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadap ALLAH maka ia telah tersesat sejauh-jauhnya” (surah AN NISAA; 4:116) ___________________ APAKAH SYIRIK? Syirik itu sebenarnya mempunyai cabang pengertiannya yang luas dan memerlukan kefahaman yang mendalam. Ramai yang tidak sedar mereka telah syirik atau menyokong dosa syirik. Syirik tidak cukup untuk anda menyangka membela jin dan menyembah berhala itu syirik kerana percayakan tilikan dan mengambil apasaja menjadi lebih berkuasa (Perlembagaan dan Undang-undang atau wang misalnya) daripada Allah juga syirik. Jika tidak meyakininya, menyokong dan redha ke atas hal yang syirik juga berdosa dan dimurkai Allah. Inilah yang dimaksudkan menyekutukan Allah, dgn mendakwa ada kuasa lain yg berkuasa daripada Allah samada dpt mendatangkan kebaikan atau keburukan. “Sesungguhnya oran-orang yang kafir dari ahl al-Kitab dan juga orang-orang musyirikin iaitu orang-orang yang menyekutukan ALLAH akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam dan mereka kekal didalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk”. (surah AL BAYYINAH; 98:6) Secara umum Syirik bermaksud mensyariatkan, menyekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu selain daripada ALLAH S.W.T, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun dengan perbuatan. Meyakini, menyembah atau meminta pertolongan kepada benda selain daripada ALLAH S.W.T seperti menyembah, meminta pertolongan kepada kekuatan ghaib, dynamism, kepada roh-roh leluhur yang telah meninggal. ___________________ SYIRIK KECIL DAN SYIRIK BESAR SAMA-SAMA TAK DIAMPUNI Namun syirik itu ada besar dan kecil, pun demikian ia tetap dosa yang tidak diampuni melainkan dgn taubat. Dan taubat tiada pula jaminan diterima atau tidak, perlu dilakukan berterusan dgn kesungguhan yang sebenar. Hanya Allah yang berhak mengampunkan, jadi mintalah hanya kepada Allah dan jangan berharap kepada makhluk. Yakin dengan kata-kata (Kalam) Allah benar belaka, kata-kata makhluk meskipun Ulamak jika bertentangan dgn Allah dan Rasulullah tentulah satu penyelewengan. Misalnya Ulamak menggalakkan taghut, menghalalkan jalan bukan sunnah sedangkan sudah ada jalan sunnah yang lebih baik (seperti mengambil demokrasi menggantikan jalan kenabian misalnya), membenarkan perpecahan dan permusuhan menerusi penubuhan puak-puak seperti parti yang jelas bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasulullah. Utamakanlah kehendak Allah daripada kehendak makhluk nescaya kita tak sesat. Syirik kecil yang tersembunyi adalah kesyirikan yang tidak disedari oleh pembuatnya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja disebabkan kejahilannya terhadap ilmu tauhid atau usuluddin sehingga tidak menyedari dirinya telah melakukan dosa besar iaitu amalan bid’ah yang bercampur baur dengan kesyirikan. Semua jenis syirik amat digeruni oleh orang-orang yang beriman. Walaupun ada ulamak yang berpendapat bahawa syirik kecil tidak dikekalkan di dalam neraka tetama menurut fatwa Imam Ibn Taimiyah : “ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik kecil sebagaimana dosa syirik besar kecuali dengan bertaubat (meninggalkan kedua-dua syirik tersebut). Fatwa Imam Ibn Taimiyah ini berdasarkan keumuman ayat Al-Quran : “Sesungguhnya apa pun jenis syirik tidak akan diampunkan oleh ALLAH walaupun syirik kecil kerana keumuman firmanNya : (sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadapNya)”. Contoh-contoh syirik kecil ialah tangkal dan azimat, riak dan takhbur, telek dan tenung dan jampi. Syirik besar ialah perbuatan syirik secara terang-terangan seperti menyembah patung berhala, menyembah bulan atau matahari, menyembah pokok dan mengaku nabi Isa sebagai anak Tuhan. _______________________ SYIRIK BESAR ADA 4 JENIS: [FAHAMKAN BETUL-BETUL] 1. Syirik Dakwah (Do’a) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN ADALAH RUKUN NEGARA MALAYSIA. IA MENGIKTIRAF KEPADA SEMUA JENIS TUHAN DEMI HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KEHARMONIAN. RUKUN ISLAM PERTAMA (SYAHADAH) BUKAN ASPEK UTAMA LAGI DALAM NEGARA SEKULAR MALAYSIA INI. DISAMPING BERDOA KEPADA ALLAH DLM MEREKA MENYOKONG SISTEM SYIRIK, MEREKA MEMINTA DAN MENGIKTIRAF DOA-DOA KPD TUHAN YANG LAIN DRP SAHABAT-SAHABAT MEREKA YANG MENYEMBAH SELAIN ALLAH. DAN BERHARAP MEREKA BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT KEDUNIAAN MEREKA. APASAJALAH ASALKAN MATLAMAT KUMPULAN MEREKA BERJAYA, SIAPA TIDAK MENYOKONG MEREKA BUKANLAH SAHABAT MEREKA WALAUPUN SEAGAMA. Inilah dikatakan disamping dia berdo’a kepada Allah ia berdo’a kepada selainNya [QS Al-Ankabut (29):65] Artinya: “Maka apabila mereka naik kapal mereka mendo’a kepada Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka mempersekutukan.” 2. Syirik Niat, Keinginan dan Tujuan NIAT SAMA SEKALI TIDAK MENGHALALKAN CARA. APABILA PEMILIHAN PEMIMPIN TIDAK MENGIKUT CARA YANG ALLAH TURUNKAN (MENERUSI DEMOKRASI) DI DALAM TAGHUT ITU AKAN ADA BANYAK SENTIMEN PERIBADI DAN KEPENTINGAN DIRI. MEREKA ASALNYA MURNI MENJADI KEJI, ASALNYA IKHLAS MENJADI CURANG. HANYA KERANA AGENDA DAN TIDAK MAHU MENGALAH KEPADA LAWANNYA YANG JUGA ORANG ISLAM. HINGGA MEREKA MENCARI BANTUAN DRP ORG KAFIR UNTUK MENJATUHKAN SAUDARA MEREKA SENDIRI. SEBAB PARTI MEREKA BERBEZA, DAN MEREKA BERPECAH-BELAH, TIDAK LAGI DALAM AL-JEMAAH KERANA TUNTUTAN DEMOKRASI YANG MENJADIKAN MEREKE TERIKAT SAMPAI MATI. SAMPAI SUNNAH DIKETEPI BIDAAH DIAMALKAN, FIRMAN/SABDA DINAFI DEBAT DIHEBATKAN. SEMUANYA PERSEMBAHAN UNTUK MAKHLUK, BUKAN UNTUK ALLAH. Inilah menunjukan suatu bentuk ibadah untuk selain Allah [QS Huud (11): 15-16] Artinya: “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan(15). Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan(16).” 3. Syirik Keta’atan UMAT AKHIR ZAMAN MULAI MENGAMBIL ORANG-ORANG ALIM YANG BERTENTANGAN PENDAPAT (BYK SELISIH) BUKAN LAGI KERANA ILMUNYA TAPI KERANA SANJUNGAN MEREKA. HINGGAKAN KESILAPAN PEMIMPIN ITU JUGA DIPERTAHANKAN SEPERTI ULAMAK YANG MENDIAMKAN DIRI APABILA RAKAN KAFIR MEREKA MENGHINA ISLAM SEMATA-MATA SAYANGKAN UNDI. MEREKA LEBIH SAYANG UNDI DARIPADA ISLAM, SANGGUP ISLAM DIPIJAK ASALKAN UNDI TIDAK KURANG. INIPUN PENYOKONG MEREKA RASA BETUL, NAUZUBILLAH.TAAT MEREKA SUDAH KPD MAKHLUK, BUKAN RABB. Inilah menta’ati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah [QS At-Taubah (9):31)] Artinya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” 4. Syirik Mahabbah (Kecintaan) DI SINI BERLAKU DALAM MASYARAKAT APABILA MANUSIA MULAI TAKSUB MENCINTAI DUNIA ATAU IDOLA DALAM KALANGAN PEMIMPIN MEREKA HINGGA KATA-KATA ULAMAK-ULAMAK MENJADI TANDINGAN KEPADA FIRMAN-FIRMAN ALLAH. HINGGA ULAMAK MENYOKONG PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN SESAMA ISLAM DAN MENYOKONG TAGHUT JUGA DISANJUNG. Inilah menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal kecintaan [QS Al-Baqarah (2):165] Artinya: “Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa , bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya.” HINDARILAH SYIRIK, JANGAN DEKATI, JANGAN SOKONG, BEGITU JUGA TAGHUT DAN RIBA. JANGAN BERPECAH. SAY NO TO DEMOCRAZY (DEMOKRASI). Jika kita tak dapat menukar sistem, kita masih ada pilihan selamatkan akidah kita dulu dgn memulaukannya dengan tidak mengundi (tidak menyokong demokrasi yang syirik). Jika tiada yang undi, sistem ini akan runtuh sendiri. Jika stadium bola tiada yang main dan peminat, ia akan tutup sendiri. Jika kita keluar parti kita tidak akan memusuhi parti lain, maka kita tidak menyokong perpecahan dan suka pada silaturahim. Kita jangan belenggu diri kita dgn dosa percuma yang nak tak nak kita kena jalani hari-hari. Semoga Allah mendatangkan pemerintah yang Adil dan Islamik di masa depan. Amin. SALAM JUMAAT
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 05:05:23 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015