BISMILLAHIR - TopicsExpress



          

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM.. ♥Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥ Bersyukur kita ke atas nikmat kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita yang tidak dapat satupun kita balas melainkan dengan ketaatan kepadaNYA. Selamat Petang Salam Hujung Minggu Salam Sejahtera Salam Kasih Salam Sayang Salam Penuh Doa buat anda semua semoga anda sentiasa sehat bahagia ceria diberkati dirahmati dan dilindungi Allah SWT selalu dan sentiasa berbahagia Bersama InSaN TeRsAyAnG.. Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak dan tak bererti. Padahal apapun yang telah dan akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Allah. Jadi walau bagaimana kotor pun, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri sendiri, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.. wallahualam.. “Tugas kita bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih samar di hadapan, tetapi melakukan apa yang jelas di tangan. ” Sikap mereka dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasulullah SAW. Mereka adalah insan produktif yang bekerja hasil dorongan hati, fikiran dan fizikalnya oleh sabda Rasulullah SAW: “Jika kamu berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang …. ” bermaksud Seorang Muslim Hendaklah bersegera melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amalan-amalan ketaatan dan kebajikan. Janganlah melengah-lengahkan masa dan jangan pula mengabaikan masa dengan harapan untuk melakukannya kemudian sedangkan seseorang itu tidak dapat memastikan bilakah ajalnya akan tiba... maka “masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir… tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup.” Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang atlit di hantar ke wad pesakit jantung. Hidup ini mesti ditangani dengan mudah. Namun ini bukan pula alasan untuk mempermudah-mudahkan hidup. Cuma “take it easy ….” dan sentiasa berdoa memohon dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.. InshaaAllah Tak semua perkara mendatangkan kesedihan, bahkan di sebalik kesedihan itu kadang kala tersembunyi 1001 kegembiraan yang kita tidak mengetahuinya... Jangan lupa untuk sentiasa berzikir, perkara yang paling mudah ringkas dan simple tetapi pahala yang berlimpat ganda, bukan itu saja malah dapat menenangkan dan mententeramkan jika anda berada didalam kesulitan menghadapi situasi yang tidak menentu, take it easy dan berzikir sejenak.. InshaaAllah, akan ada jalan penyelesaiannya tanpa anda sedari berkat dari zikir anda itu.. PERCAYALAH!!!… Zikir Hari Sabtu : LAA ILA HA ILLALLAH (1000 x) Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya…
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 06:20:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015