BISNES Skim Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan 15 - TopicsExpress



          

BISNES Skim Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan 15 September 2013 * DATUK Seri Mohd Najib Abd Razak turut mengumumkan suntikan 10 bilion unit saham dibawah Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengerusi PNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, setiap individu diberi had maksimum dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah RM200,000 bagi menggalakkan penyertaan daripada golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham. "Selaku pengerusi PNB saya mengucap tahniah kepada perdana menteri atas pengumuman dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera dalam menetapkan sasaran dan matlamat. "Dasar dahulu merupakan dasar yang bagus namun daripada segi pelaksanaan adalah lemah kerana tiada pemantauan dan sasaran dalam tahun berapa dan siapa bertugas, tetapi kali ini dilaksanakan dengan terperinci dan saya yakin akan boleh mendapat kejayaan yang baik," katanya. Sementara itu, Ekuiti Nasional Bhd (Equinas) turut diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program itu melibatkan transformasi melalui ekuiti dan kepakaran dana pengurusan bagi membimbing syarikat Bumiputera supaya disenaraikan di Bursa Malaysia. S.H
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 15:00:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015