Bagaimana kenaikan harga minyak boleh memberikan kesan kepada - TopicsExpress



          

Bagaimana kenaikan harga minyak boleh memberikan kesan kepada kehidupan seseorang. Minyak merupakan antara barang komoditi yang utama di selirih dunia. Kenaikan harganya bakal membawa kepada kesan yang lain. Pertama, kenaikan harga minyak menyebabkan kuantiti liter minyak yang diperolehi semakin berkurangan. Segelintir masyarakat menganggap kenaikannya tiada kesan kerana mereka tetap mengisi dengan amaun yang sama sebelum kenaikannya. Ya, wlaupun kita mengisi dengan amaun yang sama tetapi liternya semakin berkurangan. Liter yang berkurangan menyebabkan kita terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk jarak perjalanan yang sama. Contoh, dulu RM 20 tahan 3 hari. Sekarang, mungkin sehari setengah. Kedua, kenaikan harga minyak juga menyebabkan sebahagian besar harga barang akan meningkat. Bagaimana? Peniaga kebiasaannya meletakkan harga sesuatu barang itu berdasarkan kos purata untuk membawa masuk barang tersebug ke dalam kedai mereka. Kos itu termasuklah pengangkutan. Justeru, kenaikan kos pengngkutan akan menyebabkan harga sesuatu barang itu akan naik secara langsung tanpa tempoh yang tertentu. Contoh, dulu RM 50 boleh beli 5 barang. Lepas harga minyak naik, RM 50 hanya boleh beli sebanyak 4 barang atau kurang. Semakin besar jujlah duit, semakin terasa kekurangannya. Kesan di atas sebenarnya berkaitan rapat dengan kuasa beli seseorang individu. Duit RM 10 dilihat semakin kecil kuasanya kesan daripada kenaikan harga barang. Jika pendapatan seseorang turut naik, masalah kuasa beli ini mungkin tidak menjadi isu besar. Tetapi kenaikan harga barang tanpa kenaikan sumber pendapatan menyebabkan individu menanggung peningkatan kos belanja untuk barang yang sama. Seterusnya, kenaikan kos hidup yang disebabkan oleh peningkatan harga barang juga menyebabkan fokus kerja seseorang makin terganggu. Dulunya payah nak mencari duit untuk menampung harga minyak pada RM1.90, sekarang makin payahlah jadinya untuk cover harga minyak RM2.10. Ketidakstabilan ini mungkin akan mendorong sesorang melakukan sesuatu perkara yang tidak relevan dan berakhlak demi untuk medapatkan sumber pendapatan lebih, nauzubillah. Kesimpulan, kita memahami kenaikan harga minyak cukup perit dan menyusahkan. Dengan kes rasuah dan salah guna wang yang makin tidak dapat diselindung, alasan kenaikan harga minyak seperti menggalakkan pengangkutan awam, mengurangkan kadar kesesakan dan alasan yang lain dilihat tidak logik. Lebih2 lagi Malaysia merupakan salah sebuah pengeluar minyak di dunia, bagaimana kenaikan ini boleh berlaku? Celik minda, lakukan perubahan! BR1M bukan boleh diguna pakai dalam jangka panjang.
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 07:10:43 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015