Bagaimana kita boleh dikatakan hipokrit kalau kita tidak berlakon - TopicsExpress



          

Bagaimana kita boleh dikatakan hipokrit kalau kita tidak berlakon melakukan dosa ataupun tidak menyorokkan kesalahan yang kita lakukan dengan melakukannya secara terang-terangan? "Oh aku tak nak jadi hipokrit sebab sekarang aku macam ni, aku bangga aku macam ni, buat apa aku nak sorok-sorok? Aku bukan hipokrit." Manusia akhir zaman. Bangga mendedahkan aib sendiri tanpa sedar namun marah apabila orang lain yang mendedahkannya. Sesungguhnya koleksi topeng mereka sangat banyak sehinggakan mereka sendiripun tidak ingat akan lakonan yang pernah mereka lakonkan dahulu. Manusia kini lantang berbicara pasal agama tetapi diri sendiri tak ada usaha langsung untuk mendekatinya. Lantang berbicara tentang pemboikotan musuh Islam sedangkan diri sendiri berperangai seperti musuh Islam. Tidak suka ditipu, tapi suka menipu. Tidak suka dilukai dan disakiti namun menyakiti. Iyalah. Dunia maya. Kita boleh memakai apa saja topeng yang kita mahu dalam alam ini, tapi rupa sebenar kita di alam realiti hanya sesetengah orang sahaja yang tahu. Semoga mendapat hidayah. Kita semua. Kiamat semakin hampir.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 17:54:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015