Bagaimanakah saya boleh menentukan bayi tidur sepanjang - TopicsExpress



          

Bagaimanakah saya boleh menentukan bayi tidur sepanjang malam? Apa yang menyebabkan bayi saya susah nak tidur? Bayi bangun pada waktu malam disebabkan pelbagai sebab. Bukan anda seorang sahaja yang mendapati sukar untuk mendapatkan bayi anda tidur sepanjang malam. Ramai kanak-kanak mempunyai masalah tidur, terutamanya enggan untuk pergi tidur atau bangun pada waktu malam, dan kedua-duanya sering beriringan. Jika bayi anda sentiasa bangun pada waktu malam ini boleh mengganggu pola tidur anda. Anda mungkin mendapati amat sukar untuk mengerjakan tugas-tugas pada keesokan harinya. Wanita yang tidurnya terganggu disebabkan bayi mempunyai masalah tidur mungkin lebih mudah mengalami kemurungan. Apabila anak anda membesar, adalah penting untuk menyelesaikan masalah kesukaran tidur, sebab ia boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara anda dengan suami anda, dan antara anda dengan anak anda. Terdapat strategi tidur yang berbeza, dari pangkal spektrum membiarkannya melepaskan tangisan kepada hujung spektrum tidur bersama. Terpulang kepada anda untuk memutuskan yang mana satu paling sesuai untuk keluarga anda. Apakah strategi tidur yang saya boleh cuba? Taktik berikut boleh membantu bayi anda tidur baik dari usia seawal enam minggu. Tetapi ingat, yang mana pendekatan pun yang diambil, anda mestilah konsisten: Buatlah sarapan siang hari sosial dan ceria dan sarapan waktu malam tenang sepi. Dengan cara begini anda akan membantunya mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam. Beri dia peluang terlena dengan sendiri dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan dia atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih berjaga. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sampai tidur, walaupun pada usia ini, sebab dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik. Tetapkan satu rutin tidur. Pastikan ia ringkas dan mudah: mandi, lampin dan pijama, serta bercerita atau nyanyian. Selesaikan ritual tidur dalam bilik tidur bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah satu tempat yang selesa untuk diduduki. Berikannya objek keselamatan, seperti selimut bayi atau patung binatang berisi kekabu. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah bagi anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga ia berbau ibu. Bayi mempunyai deria bau yang kuat, dan apabila ia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya. Biarkan dia melepaskan tangisannya. Ini amat sesuai apabila bayi anda berusia empat atau lima bulan. Jika dia menangis selepas anda membaringkannya, pergilah mendekatinya. Tepuk dia perlahan-lahan dan beritahu dia bahawa semuanya nyaman, tetapi sekarang ialah waktu untuk tidur. Berlemah lembutlah, tetapi tegas. Tinggalkan bilik. Tunggu untuk sesuatu tempoh, dari dua hingga lima minit, kemudian jengoknya lagi. Lakukan ini berulang kali sehingga dia tertidur, dengan memanjangkan masa antara setiap lawatan. Peluknya.Jika anda bercadang untuk bayi tidur di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan pelukkannya, buat pura-pura tidur, dengan tegas menyedarkannya bahawa itu waktu tidur. Kongsikan peranan penenang dengan suami anda, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup tua untuk tidak diberi sarapan pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi sarapan! Pekakan diri kepada keperluan bayi anda:Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba untuk memastikan mengapa. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mengidapi selesema? Jika bayi anda masih bangun selepas anda meletakkannya tidur, ingat bahawa peringkat umurnya berkait rapat dengan berapa mudah dia berehat dengan selesa, dan anda mungkin perlu menyesuaikan diri mengikut peringkat pertumbuhannya. Masalah tidur mengikut umur: bayi baru lahir hingga tiga bulan Bayi pada permulaan jarak umur ini tidur bagi tempoh jangka pendek dan sering bangun pada waktu malam. Anda perlu menerima hakikat yang tidur anda akan terganggu untuk beberapa minggu pertama. Tetapi, anda boleh berusaha dari sekarang untuk mendapatkan tabiat tidur yang akan memanfaatkan kemudian hari. Jika dia tertidur semasa makan atau sedang didukung, letakkannya di tempat tidur yang khas, seperti raga pengangkut bayi, katil atau kereta sorong bayi. Jika dia berjaga, galakkan keadaan berjaga itu, dan bersosiallah dengannya. Dengan menetapkan sempadan antara masa tidur dan masa berjaga, anda akan membantunya mengaitkan tidur dengan tempat tidur khas untuk tidur. Bagi dua atau tiga minggu pertama, mungkin membedung bayi anda boleh menenangkannya. Bagi sesetengah bayi, ini petanda untuk tidur, tetapi ada yang lain yang tidak menyukainya. Jangan membedung selepas dia berumur sebulan, sebab itu boleh menyekat pergerakannya. Masalah tidur mengikut umur: tiga hingga enam bulan Pada usia ini, anda mungkin mendapati langkah-langkah berikut membantu. Jika anda telah memindahkan bayi anda ke kot bayi, dia mungkin mendapati sukar untuk menyesuaikan diri. Baca tentang cara-cara untuk membuat peralihan ke kot bayi lebih mudah. Jika bayi anda tidak mahu beristirehat dengan selesa, walaupun anda telah banyak berusaha, adalah baik untuk memberinya puting untuk membantunya terlena. Ingatlah, walau bagaimanapun, jika dia terjaga dan tidak dapat mencari putingnya, usaha ini mungkin menjadi sia-sia sahaja. Jangan terdorong untuk memulakan makanan pepejal bagi bayi anda sebelum dia bersedia sebagai langkah untuk membuat dia tidur. Tidak digalakkan semata-mata untuk bayi diberi makanan pepejal sebelum dia berusia enam bulan. Pastikan bayi anda tidak berjaga sampai terlalu lewat. Bayi yang terlalu letih boleh membuat usaha menidurnya sukar. Masalah tidur mengikut umur: enam hingga sembilan bulan Sekitar usia ini, bayi yang tidak pernah mempunyai masalah tidur mungkin mula bangun pada waktu malam sebab kebimbangan pemisahan. Apabila dia terjaga pada waktu malam, dia rindukan anda dan bimbang yang anda tidak akan kembali. Masalah tidur juga ada kaitan dengan pencapaian satu lagi tahap dalam perkembangan fizikal dan mental bayi anda. Sekitar masa ini, dia belajar duduk, meniarap, merangkak, dan mungkin sudah boleh bangun berdiri. Jika dia bangun pada waktu malam untuk berlatih kemahiran baru berduduk yang menguja itu, anda perlu mengajarnya macam mana hendak berbaring semula. Kemudian, gunakan rutin yang anda telah tetapkan untuk mendapatkannya tidur semula. Letusan perkembangan bayi anda dengan tiba-tiba ini bukan seperti pecutan pertumbuhan, jadi memberinya sarapan pada waktu malam tidak akan membantunya tidur dengan lebih baik. Malah, ini mungkin akan melanjutkan masalah ini, membuatnya bertambah buruk. Ini akan mengajar dia untuk bergantung kepada makan untuk tidur. Tidur bayi anda juga boleh terganggu sebab dia sedang tumbuh gigi. Jika dia tidak kelihatan seperti dalam kesakitan, ikut rutin tidur anda yang biasa. Tetapi jika gusinya sakit, urutkan perlahan-lahan dengan menggunakan satu jari atau berikan dia sesuatu yang sejuk untuk mengunyah, seperti flanel sejuk separuh beku. Jika keadaan bertambah teruk, beri dia satu dos parasetamol bayi yang sesuai. Jika bayi anda baru tidur selepas 8.30 malam dan dia mulai bangun pada waktu malam, anda mungkin hairan apabila mendapati bahawa dia lebih cenderung untuk tidur sepanjang malam jika anda menukar waktu tidurnya setengah jam lebih awal. Masalah tidur mengikut umur: sembilan hingga 12 bulan Bayi anda sudah cukup tua untuk tidur sepanjang malam, tetapi dia boleh menukar tabiat tidurnya dan mungkin masih mengalami kebimbangan pemisahan. Bersedialah untuk mengubah rutin anda semasa dia membesar ini. Cuba mengubah tidur petangnya kepada waktu yang lebih awal dan membuatnya lebih singkat. Kekalkan ritual tidur anda dan bersikap tegaslah tentang masa tidur. Biar bayi anda tahu bahawa apabila sampai masa waktu tidur, itu tetap waktu tidur. Jika boleh membantu, cuba pasang loceng jam untuk berbunyi kira-kira lima minit sebelum masa untuk tidur. Dengan cara itu, mandat tidur datang dari sumber luar, bukan dari anda. Cuba biarkan pintu bilik bayi anda renggang supaya dia boleh mendengar anda, dan dia berasa tenang bahawa yang anda berdekatan. Jika kesukaran tidur bayi anda mengganggu tidur anda dan anda berasa anda tidak mampu menanganinya, berbincanglah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik. ============================== Mommies , mohon jasa baik LIKE & SHARE https://facebook/pages/Pasti-Hamil/331669696859821?ref=ts&fref=ts. Byk tips berguna d sana . :D Admin perlukan 100++ likes dari mommies & akk2 sume . :( Bolekan ? ;) Tq . :)
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 21:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015