Bagi memastikan bahawa syiar islam sentiasa dipertingkatkan, - TopicsExpress



          

Bagi memastikan bahawa syiar islam sentiasa dipertingkatkan, akidah dan kesucian islam dijaga dan dipertahan kerajaan harus melakukan sesuatu terutamanya dalam mengkaji semula rang jaminan MSC malaysia. Ini bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa. Sejak kebelakangan ini beberapa laman madia sosial facebook dikesan mempersenda ibadat puasa dan berbuka selain menghina nabi muhammad saw dan allah swt. Kesederhanaan itu bagus tapi dalam bertindak atau memberi hukum haruslah memperlihatkan ketegasan kita dalam menjaga agama islam ini. Kerajaan juga harus menyediakan satu undang - undang bagi pengamal media sosial ini supaya mereka tidak berbuat sesuatu atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang salah dan tidak benar. Ini kerana sejak kebelakangan ini juga ramai dari pengamal media sosial ini dengan beraninya menghina yang dipertuan agong dan juga sultan yang menjadi ketua agama bagi negeri atau negara.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 00:36:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015