Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam - TopicsExpress



          

Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 00:45:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015