Barangkali para profesionalis yang tiada asas disiplin pengajian - TopicsExpress



          

Barangkali para profesionalis yang tiada asas disiplin pengajian Islam langsung perlu buang empat perkara ini di awal mereka mula cenderung kepada mana-mana aliran pengajian atas nama agama Islam bagi membebaskan diri mereka daripada dibodohi atas nama agama dan Tuhan oleh sesiapaun yang berkepentingan selain daripada Allah: 1. Taqlid buta 2. Taksub - diri sendiri, individu, kumpulan/parti dan ideologi 3. Jumud - terlalu menyempitkan dan terlalu meluaskan 4. Ghuluw - melampau/ekstrem Sesiapapu, jika bertaqlid buta tanpa pemahaman yang jelas terhadap sumber agama yang sahih sambil digauli emosi akan membuahkan taksub, ketaksuban akan melahirkan kejumudan dan kejumudan akan berakhir dengan kepelampauan atas nama agama dan Tuhan. Terlalu banyak kerosakan dan kebinasaan kerana keempat-empat sikap ini! Jenguk-jenguklah daun jendela sejarah yang tebal itu....
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 18:22:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015