Bawa Masuk Mat Taib Bukti Pemimpin Pembangkang Tiada Kualiti – - TopicsExpress



          

Bawa Masuk Mat Taib Bukti Pemimpin Pembangkang Tiada Kualiti – Halimaton KUALA LUMPUR, 18 Feb – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor sekiranya menang di PRK DUN Kajang ini memperlihatkan seolah-olah beliau hilang keyakinan dengan kemampuan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor untuk terus mentadbir negeri, demikian jelas Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang Halimaton Saadiah. Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kota Damansara, ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pakatan pembangkang di Selangor tiada pemimpin yang berkualiti dan berwibawa untuk mentadbir negeri tersebut. “Ini dapat kita lihat apabila keadaan pentadbiran Selangor hari ini bermasalah ekoran krisis dalaman di dalam PKR sehingga menyebabkan Anwar terpaksa turut campur bagi menyelesaikan masalah antara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali. “Saya yakin, kekusutan serta kecelaruan kepimpinan Selangor yang sedia ada serta ketiadaan pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin negeri ini di dalam pakatan pembangkang menyebabkan Anwar terpaksa meminta bantuan Tan Sri Mat Taib bagi membantu mentadbir Selangor sekiranya beliau menang di dalam PRK Dun Kajang kelak,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Katanya lagi, selama dua penggal pakatan pembangkang mentadbir negeri Selangor, jelas kepimpinan negeri hilang fokus dalam menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat, sebaliknya lebih banyak bermain politik sesama sendiri. “Isu ketidakpuasan hati Azmin terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid bukan lagi satu rahsia. Malah tindakan Azmin mengkritik secara terbuka tindakan Khalid dalam isu pemecatan pekerja kontrak PKNS juga memperlihatkan wujudnya krisis antara mereka berdua. “Tetapi malangnya rakyat turut diheret ke dalam kancah permasalahan yang berlaku di dalam PKR Selangor apabila Anwar akhirnya mengambil keputusan meminta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut untuk memberikan laluan kepadanya bertanding, dengan alasan untuk menyelamatkan menamatkan krisis kepimpinan di dalam partinya di Selangor,” tegas beliau. Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di Selangor, khususnya di DUN Kajang agar menolak Anwar dan pakatan pembangkang yang jelas menggunakan sistem demokrasi ini sebagai landasan untuk kepentingan politik peribadi dan partinya sendiri. “Rakyat perlu sedar, bahawa pengosongan DUN Kajang ini bukanlah merupakan agenda untuk membela rakyat, tetapi ia adalah agenda kepentingan peribadi dan politik kepartian di mana Anwar menjadikan rakyat di situ sebagai kambing hitam bagi menjayakan agendanya itu. “Dalam usaha menyelamatkan kedudukan PKR dan hasratnya peribadinya untuk menjadi MB dengan alasan untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor, maka Anwar sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa menjadikan rakyat sebagai mangsa. Saya harap, pengundi di Kajang akan menolak pemimpin yang memanipulasi pentas demokrasi serta menggunakan rakyat demi untuk menjayakan matlamat politik peribadinya,”ujarnya.
Posted on: Tue, 18 Feb 2014 11:45:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015