Bayi sembelit? Apa perlu anda lakukan? Bayi sembelit ialah keadaan - TopicsExpress



          

Bayi sembelit? Apa perlu anda lakukan? Bayi sembelit ialah keadaan dimana bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya menjadi keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari. Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya. Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda. Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan segera supaya keadaan ini tidak akan berterusan. Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi anda mengalami sembelit ? Mandikan bayi anda Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan segar dan ini membantunya untuk membuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Ketika mencuci bahagian bawah, anda boleh menyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus. Mengurut dengan lembut perut bayi Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secara perlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakan krim atau minyak bayi (baby’s oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda boleh teruskan proses ini. Jangan menggunakan jari Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda. Lebihkan makanan serat dan sayuran Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkan makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikan bayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formula yang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyai masalah sembelit.
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 07:29:05 +0000

Trending Topics



express.com/No-silêncio-murmurado-de-minhas-preces-lembro-de-nossas-mãos-topic-491516944256015">No silêncio murmurado de minhas preces, lembro de nossas mãos
O QUE A IMPRENSA BRASILEIRA SE NEGA DIZER PARA O POVO, A CNN FALOU
FOR SALE MTB 26er - SIZE: 15 - 24 speed - SHIFTER: Shimano -
Kedves volt osztálytársaim! Az osztálytalálkozó szeptember
For Sale Honda Fit IDSI 1.3 GD1 2010 Model DIRECT BUYERS
Druidism. Intuitive with nature-based faith, Your spirit is

Recently Viewed Topics




© 2015