Benar,tidak dinafikan raja-raja Saudi selepas beliau adalah raja - TopicsExpress



          

Benar,tidak dinafikan raja-raja Saudi selepas beliau adalah raja boneka.Tetapi tidak bagi Malik Faisal.Beliau adalah seorang pemberani yang tidak gentar dengan Amerika. Secebis memoir Henry Kissinger yang dimalukan oleh Raja Faisal: Apabila Raja Faisal memotong bekalan minyak kepada barat pada Oktober 73 beliau mengungkapan ucapan yang sangat terkenal dan masih diingati hingga kehari ini. Ungkapannya berbunyi: "Dahulu kami dan nenek moyang kami hanya minum susu dan kurma dan kami tidak risau untuk kembali hidup seperti itu" Pada hari itu juga, Henry Kissinger-Menteri hal ehwal luar melawat Raja Faizal berhasrat untuk mencuba membuat Raja Faisal menarik kembali keputusannya memotong bekalan minyak kepada barat. Dia telah menulis dalam memoirnya bahawa apabila dia bertemu dengan Raja Faisal di Jeddah dia terlalu sedih lalu dia membuat jenaka dan memberitahu Raja Faisal, "pesawat saya kehabisan minyak sudikah sekiranya tuanku memberi bekalan minyak dan kami bersedia untuk membayarnya mengikut harga antarabangsa? " Beliau kemudian menulis dalam memoirnya mengatakan bahawa Raja Faisal tidak ketawa dan terus mengangkat kepalanya dan melihat kepadanya dan berkata, "Saya seorang lelaki tua yang mempunyai hasrat ingin berdoa di Masjid Al-Aqsa Palestin sebelum saya mati, adakah kamu akan membantu saya menunaikan hasrat saya?" Raja yang hebat ini kemudainnya dibunuh,setelah ungkapan masyhur ini dituturkan: ""Tidak akan ada perdamaian sebalum Israel mengembalikan tanah-tanah Arab yang dirampas pada tahun 1967!" Semoga Allah merahmatinya. -MF-
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 22:03:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015