Berdasarkan respon rakan-rakan terhadap tulisan saya pada Jumaat - TopicsExpress



          

Berdasarkan respon rakan-rakan terhadap tulisan saya pada Jumaat 4/10/2013 yang lepas saya rasa elok jika saya panjangkan sepucuk surat kepada pihak berkuasa agama di Negeri Terengganu kita seperti berikut; Kepada, Pengarah JHEAT, Kuala Terengganu Tuan, CADANGAN MENGATASI MASALAH BISING KETIKA SOLAT JUMAAT Melalui pengamatan saya dan rakan-rakan, masalah perlakuan bising yang dilakukan oleh segelintir kanak-kanak ketika solat Jumaat sedang berlangsung ini telah berleluasa di semua masjid di negeri kita ini. Justeru sebagai rakyat yang prihatin terhadap keselesaan Jemaah, saya mohon mencadangkan tindakan berikut diperpanjangkan dan dikuatkuasakan ke seluruh masjid di bawah kuasa takluk tuan; 1. Mewajibkan Muslimat sebagai salah seorang AJK Masjid yang bertanggungjawab memantau gejala bising ini dari terus berleluasa 2. Memasang CCTV ke masjid-masjid terpilih bagi memantau, dan menasihati kanak-kanak yang terlibat di dalam gejala ini 3. Memberi maklumat yang betul kepada imam dan bilal tentang kehadiran kanak-kanak dicelah-celah saf orang dewasa 4. Meminta bantuan daripada pihak polis dan Rela wanita untuk memantau keadaan semasa solat jumaat berlangsung. Sekian, dimaklumkan. Semoga mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak tuan jua. Yang Benar, Hj Roslan Hj Ismail
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 10:49:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015