Berita2 Man Utd di akhbar The Sun hari ini :- 1. Moyes pasti - TopicsExpress



          

Berita2 Man Utd di akhbar The Sun hari ini :- 1. Moyes pasti telah mendapatkan pasangan Marouane Fellaini dan Leighton Baines dari Everton pada nilai 40 juta pound. Everton terpaksa melepaskan mereka berdua kerana mereka sendiri telah beriya2 untuk mengikut Moyes dan di pihak Everton pula, harga yang ditawarkan amat lumayan. Fellaini akan diperkenalkan secara rasmi pada hari ini. 2. Man Utd juga sedang membida untuk mendapatkan pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Herrera tetapi difahamkan bahawa Man Utd mesti memecahkan rekod perpindahan Dimitar Berbatov jika ingin mendapatkan Herrera kerana kos pelepasan dia dari kelabnya hampir menyamai nilai Berbatov. 3. Juventus telah putus harap untuk mendapatkan Nani kerana Nani telah menandatangani kontrak baru di Old Trafford, mengikut pengarah Juventus. 4. Pemain tengah Man Utd, Nick Powell, 19 tahun akan dipinjamkan untuk musim 2013-14 kepada Wigan 5. Wayne Rooney yang cedera di kepala ketika latihan akan terlepas peluang untuk bermain 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia untuk England. ~Amylia26
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 04:55:44 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015