Berkata Imam Ghazali : ...Muzik adalah sesuatu perkara yang sesuai - TopicsExpress



          

Berkata Imam Ghazali : ...Muzik adalah sesuatu perkara yang sesuai dengan jiwa manusia. Tetapi hendaklah disesuaikan dengan undang-undang Pencipta iaitu ALLAH Subhanawataala. Jadi muzik diseumpamakan sebagai gelas. Kalau gelas itu untuk buat tuang arak, minum jadi haram. kalau gelas itu untuk buat tuang air kosong, minum jadi halal. Maka, jika muzik dibawak untuk bertujuaan yang baik, seperti untuk mengigatkan kita tentang ketuhanan, tentang tauhid, tentang kewajipan agama dan tugas kita sebagai khalifah. Maka muzik seperti itu digalakkan, dan ada ulamak yang menyatakan sunat. Muzik-muzik yang seni kata nya membawa kepada syirik. seperti lirik benci pada Tuhan, memuja arak, tolak agama, memuja perempuan. Maka yang ini haram. Muzik yang membuatkan kita jadi semangat patriotik, dicintakan negara, kasih untuk berjihad, tidak takut untuk mati. Muzik seperti ini adalah disunatkan. sebagaimana gendang perang yang dipukul di zaman Rasulullah dan pemimpin-pemimpin islam di zaman dahulu. maka muzik seperti ini memang digalakkan. yang banyak sekali muzik dalam industri muzik tanah air malaysia ialah muzik yang makruh. Iaitu muzik yang tidak ada faedah, iaitu soal-soal Cinta. Tapi kalau orang perempuan yang menyanyi, ulamak kata haram. kerana perempuan ini dilarang untuk menyanyi-nyanyi melainkan kanak-kanak perempuan. ALLAH Berfirman : ...wahai kaum wanita, jangan kamu lunakkan/melembutkan suara-suara kamu dihadapan laki-laki yang ajnabi.. Daripada - Ustaz Azhar Idrus ( Original ) - ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 01:10:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015