Betul ke bohong... #Mutu pengadilan memuaskan – - TopicsExpress



          

Betul ke bohong... #Mutu pengadilan memuaskan – Astaman Astaman Abdul AzizWalaupun mutu pengadilan bola sepak tempatan sering dikecam, namun hakikatnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menerima lima aduan rasmi daripada 780 perlawanan keseluruhan, musim lalu. Malah, daripada lima aduan tersebut, hanya dua yang didapati berasas, dan itu membuktikan mutu pengadilan di Malaysia berada di tahap memuaskan. “Sepanjang musim lalu, kita mengendalikan 780 perlawanan dan daripada jumlah tersebut, hanya lima aduan rasmi terhadap pengadil diterima.“ Daripada lima aduan tersebut pula, hanya dua sahaja yang berasas dan tiga lagi dibatalkan kerana tidak melibatkan sebarang keraguan. Hasilnya seramai empat pengadil telah diambil tindakan. “Selain itu, luar daripada aduan yang diterima, FAM juga telah mengambil tindakan proaktif hasil daripada laporan daripada penilai-penilai pengadilan dengan mengenakan tindakan disiplin terhadap 13 pengadil lain yang didapati gagal mengadili pertandingan dengan baik,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz. Astaman menegaskan, mereka tidak pernah berkompromi dalam memastikan mutu pengadilan berada di tahap tertinggi. Malah tegasnya lagi, FAM mempunyai prosedur ketat, terutama dalam perlawanan liga dan kejohanan berprestij seperti Piala Malaysia. Begitupun bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, terutama pasukan yang kalah kerana kita sedang bercakap tentang berurusan dengan manusia. “Bagi memastikan perlawanan liga dan Piala Malaysia diadili dengan sebaik-baiknya, pengadil dan penolong pengadil akan dipantau oleh pegawai keempat serta penilai pengadil yang dilantik khas dari awal hingga berakhir perlawanan.“Selepas permainan tamat, semua yang terlibat ini perlu menghantar laporan perlawanan tersebut untuk dinilai.“Bukan itu sahaja, tuan rumah juga diwajibkan merakam video perlawanan untuk diberi kepada pihaknya dan jika gagal, mereka akan didenda RM1,000,” katanya lagi. Menurut Astaman, mutu pengadilan di negara ini berada di tahap yang memuaskan dan bukanlah seteruk seperti yang digambarkan selama ini. Katanya lagi, pengadil-pengadil yang dipilih untuk mengendalikan perlawanan juga bukan individu yang boleh dianggap ‘tangkap muat’ kerana sebelum dibenarkan mengadili perlawanan, mereka perlu melepasi ujian teori dan kecergasan sebagainya yang telah ditetapkan. Tambahnya, kadangkala kita tidak mahu sebarang kesilapan boleh berlaku namun sebagai manusia kita tidak dapat terlepas daripada kelemahan tersebut. Kata Astaman, untuk memastikan mutu pengadilan benar-benar dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya, pengadil juga tidak wajar diganggu dengan sebarang provokasi ketika perlawanan sedang berlangsung. Sebagai contoh, penyokong menyerang pengadil, lempar botol ke arah padang, membakar mercun dan bunga api, melontarkan kata-kata kesat dan sebagainya. #MFT #FAMB
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 06:21:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015