Biduk berlalu kiambang bertaut Seronok dapat berjumpa - TopicsExpress



          

Biduk berlalu kiambang bertaut Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama setelah 23 tahun tak join. Bermacam-macam cerita menarik, suka, duka dan pelbagai rasa. Daripada cerita-cerita biasa, cerita politik, cerita anak manja dan sebagainya. Nampaknya rakan-rakan semakin matang bersosial dan berkolaborasi. Ada yang berjawatan, ada jadi ejen, ada jadi perwakilan. Ada yang serius bercakap pasal visi dan misi. Ada yang selamba berseloroh, tapi tak sampai mengambil hati yang mendengar di sekeliling. Ada dari dua belah pihak, duduk makan, minum, sambil menceritakan peluang kumpulan masing-masing. Ada yang bercakap berapi-api menegur, bertanya, berterus terang. Ada yang berada di beberapa pojok soksek. Menarik senario semalam. Maklumlah lama tak tengok suasana kawan-kawan bersosial dalam politik. Ada songkok tinggi, songkok rendah, tak bersongkok, berbaju Melayu, wah segak nampak. Nampak ciri keMelayuannya. Suasana harmoni mewarnai pertemuan rakan-rakan politik. Tak nampak ada suasana yang tegang kecuali mungkin hari-hari sebelumnya menjelang dengan berbagai-bagai strategi menawarkan diri. Hari ini segala persoalan telah terjawab. Yang manis tidak terus ditelan, yang pahit tidak terus dibuang. Biduk berlalu kiambang bertaut. Matanglah UMNO yang telah 67 tahun berada di bumi Malaysia.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 03:17:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015