Bila kerajaan umum bahan api naik 20 sen, maka berpestalah - TopicsExpress



          

Bila kerajaan umum bahan api naik 20 sen, maka berpestalah juak-juak pembangkang memaki hamun kerajaan. Maka, bertebarlah cercaan kerajaan boros, kerajaan rasuah dan kerajaan zalim. Tidak disebut langsung pasal Indon naikkan minyak sampai 44 peratus, mereka tak cerita pun ada kerajaan di Eropah yang muflis lantaran tekanan ekonomi global. Dorang tak nak terima hakikat harga bahan api itu ditentukan di pasaran dunia. Bukan ditentukan oleh kerajaan. Bila kerajaan arahkan semua agensi kerajaan berjimat berbelanja dan sekatan tertentu termasuk bagi lawatan kerja ke luar negara, mereka kata pula kerajaan takut kekayaan sudah tidak dapat dikaut, kata juga kerajaan rampas duit rakyat masuk poket sendiri. Nak lagi sedapkan cerita, dikatakan juga hanya seciput sahaja kakitangan kerajaan yang jujur dengan tugas. Lagi best, dikaitkan pula pegawai yang baik akhirnya akan mati ditembak (disebut fasal pegawai kastam ditembak). Aduhh.. apa punya mentaliti puak-puak ni. Ya, siapa pun panas hati kalau minyak naik. Tapi kalau ada usaha untuk baiki keadaan dan bantu rakyat apa salahnya? Kerajaan hendak berjimat apa salahnya? Buat salah, tak buat pun salah.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 08:48:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015