Bintang Sevilla ini bersedia berbincang kontrak baru Bintang - TopicsExpress



          

Bintang Sevilla ini bersedia berbincang kontrak baru Bintang Sevilla, Ivan Rakitic bakal memulakan perbincangan dengan kelab mengenai kontrak baru tapi beliau tidak tergesa-gesa untuk menandatanganinya. Midfielder Croatia yang juga kapten kelab itu cemerlang setakat dalam musim ini dan dipilih sebagai pemain terbaik La Liga untuk bulan Januari. Beliau telah lama dispekulasikan bakal meninggalkan kelab dengan banyak kelab Liga Perdana Inggeris memerhatikan situasinya. Namun Rakitic, 25, kekal tenang dan membiarkan abang yang juga ejennya menguruskan perbincangan. Tak lama lagi abang saya akan datang ke sini dan kami akan duduk bersama berbincang jika ada perkara lain, Rakitic memberitahu. Kami semakin hampir tapi saya tidak tergesa-gesa kerana saya masih ada setahun setengah (dalam kontrak saya) dan tiada perlu dibimbangkan. Kami mengusahakan benda yang sama, kami gembira satu sama lain dan kami akan lihat apa yang berlaku.
Posted on: Sat, 08 Feb 2014 11:49:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015