Bismillah. Ada individu yang berjaya membebaskan hutang yang tidak - TopicsExpress



          

Bismillah. Ada individu yang berjaya membebaskan hutang yang tidak perlu dengan cepat dan ada individu yang masih gagal. Mengikut kajian yang kami buat, individu yang mudah untuk keluar dari bebanan hutang yang tidak perlu, adalah individu yang mempratikkan terus ilmu kewangan yang dipelajari tanya banyak soal, dan individu yang sanggup untuk tidak menghiraukan apa orang lain kata. Individu yang masih tidak habis hutang-hutang yang membuatkan mereka semakin lama semakin miskin, adalah individu yang walaupun sudah ada ilmu, tetapi belum membuat langkah untuk mempratikknya. Dan individu yang masih takut nanti apa orang lain kata. Membuat hutang yang salah itu adalah pilihan, membebaskan hutang yang salah yang sudah diambil itu juga pilihan. Dalam isu di atas adalah urusan Pilihan, selagi mana seseorang itu belum mampu menguasai dirinya, selagi itu seseorang itu masih tidak berjaya untuk menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri, kerana tidak mampu untuk membuat pilihan sendiri. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 00:26:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015