Bismillah :) Dek kerana perkongsian saya berkaitan aktiviti - TopicsExpress



          

Bismillah :) Dek kerana perkongsian saya berkaitan aktiviti memanah yang saya lakukan, ramai yang PM saya dan bertanya soalan yang serupa iaitu: - Dimana saya dapatkan peralatan memanah. - Di mana saya belajar dan membuat latihan memanah. Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah tempat yang saya mengajar memanah boleh terima orang luar selain daripada pelajar maahad dan adakah yuran dikenakan untuk sesi latihan tersebut. Untuk pengetahuan umum, adik perempuan saya minta saya melatih beliau dan sahabat-sahabat muslimatnya untuk memasuki pertandingan memanah. Sesi latihan itu berlangsung selama 3 bulan. Kadang-kala mereka berlatih sendiri dengan mengikuti skill yang saya ajar apabila saya terlalu sibuk dengan jadual kerja. Dan saya tidak pernah meminta satu sen pun dari pihak maahad untuk ilmu dan masa yang telah saya curahkan. Saya buat dengan rela hati disamping saya tidak mahu ilmu memanah ini tumpul dan hilang begitu saja. Cuma satu permintaan saya, tolong doakan semoga jurulatih yang mengajar saya ilmu dan skill memanah ini dipilih dan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. untuk memeluk agama Islam. Asbab melalui jurulatih saya, saya mampu sebarkan ilmu ini kepada orang lain. alhamdulillah. Saya pernah suarakan keinginan melalui adik perempuan saya yang juga pelajar tingkatan 5 di Maahad untuk membuat kelas memanah bagi orang awam yang bukan dari pelajar maahad dan pihak sekolah meminta saya membuat kertas kerja. Namun, sampai sekarang saya tidak sempat untuk duduk lama depan laptop dan menyiapkan kertas kerja tersebut. Jadi, saya perlukan beberapa orang muslimat yang betul-betul serius mahu ikuti latihan memanah ini untuk tubuhkan satu jawatankuasa yang dapat bantu saya dari segi kertas kerja, pelaksanaan program dan juga AJK semasa latihan berlangsung. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian dari team ini, boleh PM saya. Kita akan bincang sebaiknya untuk laksanakan program ini. Dan saya mohon maaf bagi kaum muslimin. Kelas ini hanya untuk muslimat saja. Namun, saya akan cuba usahakan untuk kelas bagi muslimin dengan mencari jurulatih lelaki. Bagi yang ingin mencari peralatan memanah atau lokasi untuk latihan. Boleh tanya di page ini ya. https://facebook/313BowArrowBusurPanah (tekan link nie) Moga Allah redha :)
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 01:58:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015