Bismillah. Melihat angka likers yang semakin bertambah buat saya - TopicsExpress



          

Bismillah. Melihat angka likers yang semakin bertambah buat saya bertambah bersyukur dan bertambah muhasabah diri. Kerana ... semakin ramai mengenali kita, semakin besar amanah yang kita pegang. Quote daripada filem Spiderman, "With great power comes great responsibilities." Dan jumlah angka yang semakin bertambah tidak menjamin jumlah rakan seperjuangan yang bakal bersama. Andai kak Heliza Helmi, seorang ikon muslimah yang sudah mencecah 1 juta likers pun yang adakalanya program yang ada beliau ada tetapi kurang peserta. Apetah lagi saya seorang penulis picisan. Yang pasti, apabila semakin banyak mata yang mengenal diri, penting untuk mendisplinkan perkataan dan penampilan di dunia maya dan realiti. Bak kata Kiah Propa, "Jaga-jaga, ada yang memerhati." Astagfirullah.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 16:24:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015