Bismillah... RUMAH BANGLOW DI TAMAN MELAWATI PART 1 Tentu tuan - TopicsExpress



          

Bismillah... RUMAH BANGLOW DI TAMAN MELAWATI PART 1 Tentu tuan dan puan pernah pergi ke zoo negara tetapi tahukah kamu bahawa di situ terdapat kawasan perumah golongan elit terutamanya status bergelar Dato dan Tan Sri. Terdapat juga golongan entiti yang menetap di salah sebuah rumah tersebut. Menarik bukan,mari kita kupas bersama-sama kisah dan pengalaman saya di sana Khabarnya salah satu rumah yang menjadi penempatan sebuah keluarga India yang berstatus doktor menetap di sana. Doktor itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Suatu hari, doktor itu disahkan kurang siuman dan pihak hospital telah menggantung kerjanya serta perlu datang untuk rawatan. Sebabnya saya tidak pasti tetapi pihak hospital membenarkan dia tinggal di rumah. Malam itu menjadi titik permulaannya apabila dia bertindak diluar kawalan di mana dia telah membunuh isteri, anak dan akhirnya membunuh diri. Kejadian mengerikan itu berlaku dalam satu malam sahaja dan sejak itu, rumah dia dibiarkan kosong sehingga hari ini. Ada pemaju dan pembeli yang datang untuk melihat dan membeli rumah tersebut tetapi mereka seperti dikacau oleh suatu tenaga yang ghaib. Ada khabar yang cakap roh-roh seisi keluarga itu masih terperangkap di dalam rumah itu tapi... Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut pengalaman saya masuk di dalam rumah itu, nantikan saya di part 2. Nanti saya upload gambar sekali untuk tatapan semua...sekian -mohd hilmi shahrom met-
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 09:22:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015