Bismillah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengundi - TopicsExpress



          

Bismillah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengundi saya. Walaupun bilangan undi tersebut tidak sebanyak calon yang lain dan saya juga kalah, namun saya tetap bersyukur kerana terpilih untuk melalui proses ini. Sesungguhnya pengalaman ini amat mematangkan diri saya dan paling penting saya mengetahui siapakah kawan yang sebenar-benarnya berdiri di sisi saya di saat saya memerlukan. Tidak dapat dinafikan perasaan sedih itu menyelubungi kalbu ini, namun saya tetap gembira kerana saya yakin warga USIM telah memilih calon yang lebih layak dari saya. Buat kawan-kawan yang menyokong, terima kasih banyak2 terutama kepada kawan2 SMSU, Alif Omar pembuat poster yang sgt cantik, Mohd Syahid Badaruddin dan Kheyril Wadiey sbg tulang belakang, Faliq Samsudin BahuLu dan Ahmad Ubaidillah Sallih yang membantu saya menampal poster dan juga kepada ahli2 jentera We Are One yang lain. Anda semua sangat mengkagumkan saya. Buat yang terus-terusan mengkritik saya dan juga mentertawakan kekalahan saya, terima kasih juga. Semoga Allah merahmati sekalian. Akhir kata, ini bukanlah titik penamat dalam hidup saya. Saya yakin dan percaya menjadi MPP adalah satu daripada platform-platform utk melatih sifat kepimpinan dalam diri. Namun, tetap masih ada cari lain bagaimana saya boleh mengembangkan diri ini. InshaAllah saya akan terus menyinarkan diri di bumi anbiya ini! :) Barakallahufeekum. Syukran. Terima Kasih. Nandri. Xie Xie. Gracias. Thank You ^-^
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 12:02:32 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015