Bismillah. Tip menyerikan majlis hari Raya Aidilfitri ini. Sehari - TopicsExpress



          

Bismillah. Tip menyerikan majlis hari Raya Aidilfitri ini. Sehari sebelum hari raya Aidilfitri. 1. Pilih baju yang terbaik untuk dipakai sewaktu solat Aidilfitri esok, In Syaa Allah. Terbaik bukan semestinya baju baru. 2. Pastikan kita tidak menyajikan simbol-simbol kemewahan terutama di ruang tamu yang boleh membuatkan tetamu rasa rendah diri. Pagi hari raya Aidilfitri 1. Mandi sunat pagi Aidilfitri (baca niat sewaktu mahu menjiruskan air ke atas badan kita itu) 2. Pakai baju yang terbaik yang tidak menampilkan kemegahan yang membuatkan orang lain rasa rendah diri. Untuk lelaki, lebih sesuai memakai butang baju Melayu yang biasa, bukannya yang sebesar duit 5 sen yang popular zaman ini. 3. Sekiranya perempuan, sebolehnya pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan kita dan juga tidak jarang. Lebih baik baju yang tidak ada labucci, labu air dan labu sayung. 4. Pakai Gelang 1, cincin 1 sekiranya ada, jangan lebih kerana ianya membuatkan orang lain, kurang suka berdampingan dengan kita kerana rasa rendah diri. Gelang tidak perlu terlalu besar, sehingga dipandai seperti gelang kaki gajah, ataupun rantai leher untuk mengikat gajah. (Untuk makluman, Isteri saya (Shamsuddin Kadir) tidak pakai gelang ataupun cincin, kerana beliau tidak gemar memakainya. 5. Kuih muih, lebih bagus sekiranya menampilkan ciri tradisional, sekiranya boleh. (Rumah kami tiada sebarang kuih muih sepanjang raya, kecuali ada orang bagi kepada kami). 6. Kasut beli yang sekadar selesa dan cantik untuk tahap mata kita sahaja. (Untuk makluman kami tidak membeli kasut baru untuk anak-anak kami sewaktu raya tahun ini In Syaa Allah, kerana ingin mendidik anak-anak kami menjaga kasutnya dengan baik supaya tidak cepat rosak). Mereka akan basuh bersih kasut yang dibeli untuk mereka pada 1 -2 tahun yang lalu. 7. Bercakap perkara yang baik dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Ini bagi menunjukkan juga kita sudah menang melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang ingin menunjuk-nunjuk. 8. Jangan sibuk memberitahu bertapa anak kita puasa tidak tinggal, sekiranya ingin memberitahu juga tentang anak kita, beritahu, berapa hari anak kita itu solat 5 waktu sehari sepanjang bulan Puasa yang lalu. 9. Sekiranya keluarga pasangan kita miskin, pakai baju raya yang bertaraf dengan kemiskinan mereka, dan hulurkan duit kepada ipar duai kita yang kurang berkemampuan, sama ada dilakukan pada pagi hari raya. Lebih afdhal sekiranya diberikan sewaktu di bulan Ramadhan, kerana mereka berkemungkinan ingin menggunakan duit itu dalam menyiapkan keperluan ringkas hari raya. In Syaa Allah perkahwinan kita itu didoakan oleh para Malaikat supaya kekal dalam rahmat Allah sepanjang hayat, In Syaa Allah. 10. Berjalan dalma keadaan memuliakan orang yang lebih berumur daripada kita, jalan dan tertib dan adab sopan budaya Melayu yang terkenal dengan amalan Islamnya. Wallahualam. Astaghfirullah. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 22:41:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015