~Bismillahirrahmannirrahim.~ ~~ Membuka Cakrawala - TopicsExpress



          

~Bismillahirrahmannirrahim.~ ~~ Membuka Cakrawala Makrifatullah~~ *** Baca dengan perlahan-lahan , mohon petunjuk Allah agar mengerti*** ~~Surat dari sahabat 5.~~ Bagian. 23. Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allah dan meraskan kehadiran Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat menerka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui. Bagi mereka Allah itu Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini. Apabila Allah dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihat Allah dengan membayangkan sesuatu denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah. Bagai manapun, sesuatu bayangan (wujud) yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja, sekadar penghubung bagi menyampaikan kepada yang dituju (Allah). Kita yakin bahwa sebagai analogi, bayang-bayang itu tidak pernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah. Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya. Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebati di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebati di dalam diri Ihsan (makrifatullah). Begitulah rahasia kesebatian sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan , sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan. Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’… Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran , bahwa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeda. Sikap yang diambil Firaun adalah berbeda dengan yang diambil oleh Sufi . Sufi terkenal, Abu YazidBistami berkata: Aku Allah . Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana. Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah , adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya , sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanya Allah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana. Maka seharusnyalah beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi ia timbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahu apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu adalah kufur dan syirik. Di sinilah perbedaan antara ucapan Firaun: ’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan. Berbeda dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: “ Aku Allah.” Beliau mengungkapkan ini dalam ketidak sadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah didalam dirinya, yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT. By: Sepasang Sandal jepit. .
Posted on: Sun, 30 Jun 2013 21:32:44 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015