Bisnes Deliveri Makanan 10 tahun atau lebih awal dari itu, - TopicsExpress



          

Bisnes Deliveri Makanan 10 tahun atau lebih awal dari itu, mungkin servis deliveri tidak menyumbang pendapatan yang besar kepada bisnes. Namun hal ini berubah sejak beberapa tahun belakangan ini. Kalau dahulu hanya Restoran Pizza Hut sahaja dikenal menawarkan khidmat penghantaran makanan ke rumah. Walaupun lebih awal dari itu ia sudah dimulai oleh Restoran Domino Pizza bagi memecahkan penguasaan Pizza Hut dalam pasaran pizza. Domino Pizza masuk pasaran dengan menawarkan kelainan dan USP sendiri (unique selling point). Hari ini langkah ini diikuti pula oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Mc Donald dan KFC. Demikian juga strategi kaunter drive tru. Berapakah saiz pasaran untuk bisnes servis penghantaran ini? Satu sumber dalaman dari salah sebuah syarikat di atas menyatakan bahawa setiap hari mereka menerima 3000-4000 tempahan makanan setiap hari dari seluruh negara. Produk yang ditawarkan dalam servis penghantaran lazimnya sudah dipakejkan. Ia tidak persis dan sama benar dengan menu yang berada di restoran. Biasanya menu-menu berat dan besar sahaja dibenarkan. Side order dan menu sampingan adakalanya tidak disediakan. Dengan andaian purata setiap pesanan ialah RM50, maka dianggarkan pendapatan kolektif sehari untuk seluruh negara berjumlah RM150,000-RM200,000. Maka tidak hairan jika pusat khidmat pelanggan mereka dianggotai lebih 70 petugas telefonis. Dan masing-masing dari mereka perlu melayani sehingga 100 panggilan pesanan setiap hari. Mohd Riduan B Khairi PPY Borneo #Delivery #PizzaHut #DominoPizza #Bisnes #Usahawan
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 12:16:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015