Bisnes Lancar 3 rumusan Kuala Lumpur: Panasonic Malaysia Sdn Bhd - TopicsExpress



          

Bisnes Lancar 3 rumusan Kuala Lumpur: Panasonic Malaysia Sdn Bhd mengunjurkan untuk mencapai sasaran peningkatan perolehan 10 peratus bagi rumusan sistem dan komunikasi generasi baru menerusi kempen kedua Kumpulan Inovasi Perniagaan atau BIG. Pengurus Besar Jabatan Pemasaran dan Jualan Rangkaian Sistemnya Seelan Kandasamy berkata, kempen BIG yang dianjurkan tahun lalu memperoleh jualan RM120 juta dan menjadi pusat sehenti bagi segmen pasaran perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke kerajaan (B2G). “Sasaran itu realistik memandangkan tumpuan kami kini lebih menyeluruh bukan saja kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), malah mencakupi kalangan perniagaan lebih besar dan syarikat enterpris. “Ia juga diperkukuh dengan perkhidmatan lepas jualan lebih baik dan tawaran pelbagai produk baru lebih efektif dan inovatif,” katanya pada majlis pelancaran Rumusan Sistem dan Komunikasi Generasi Baru sempena pameran ITX Asia di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Yosuke Matsunaga dan Pengarah Sistem dan Komunikasinya Terry Ikeda. Tiga rumusan dilancarkan pada majlis berkenaan iaitu rumusan komunikasi, dokumen dan sekuriti. Rumusan komunikasi merangkumi sistem pelayan perniagaan Panasonic KX-NS1000 menjadi rumusan komunikasi suara di atas protokol Internet (VoIP) yang menawarkan fleksibiliti, kemudahan dan produktiviti untuk semua perniagaan. Selain itu, ia turut mencakupi Sistem Komunikasi Visual HD memungkinkan komunikasi dan kolaborasi rakan sekerja dan rakan perniagaan tidak kira di mana mereka berada serta telefon DECT dengan pelbagai fungsi inovatif. Sementara rumusan dokumen terdiri daripada pengenalan pencetak laser semua dalam satu (AIO) dengan reka bentuk kompak dan keupayaan mencetak pantas. Rumusan sekuriti pula, Panasonic menampilkan peralatan Video Sirkit Tertutup (CCVE) dengan kamera lebih canggih. HM
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 22:39:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015