Bola Malaysia! "Dahulunya, pemain bola pada tahun 1960-1970 an - TopicsExpress



          

Bola Malaysia! "Dahulunya, pemain bola pada tahun 1960-1970 an dahulu mereka main dengan penuh semangat, saya ingat lagi, dahulu tahun 1970an saya tidak ingat hai dan tahun berapa, team Arsenal datang untuk buat perlawanan persahabatan dengan Malaysia, Masa itu team Malaysia ialah, R.Arumugam, Santokh Singh, Hassan Sani,Soh Chin Aun dan yang paling terkenal, Allahyarham Mokhtar Dahari. Mereka hanya berlatih di padang bola belakang sekolah sahaja, selama 4 hari, dengan menggunakan kemudahan yang ada, mereka berlatih di situ, apabila mulanya perlawanan persahabatan itu, Malaysia menang mengalahkan Arsenal 2-0 dan dua gol dihasilkan oleh Allahyrham Mokhtar Dahari. Team Malaysia suatu ketka dahulu amat kuat dan digeruni oleh seluruh Asia ketika itu, bayangkan, Dahulu Penjaga gol terbaik adalah R.Arumugam, kita gelarkan beliau "The Spiderman" kerana tangan beliau yang panjang dan mudah menepis bola keluar, tidak kira di mana arah bola itu pergi. Santokh Singh kita gelarkan beliau "The Iron Man" beliau bermain "Center Back", beliau dipanggil "Iron Man kerana merempuh sahaja pemain lawan dan banyak kali dapat "clear"kan bola untuk mendapatkan "Clean Sheet". Hassan Sani, Dipanggil "Lipas Kudung" kerana beliau amat laju dan suka menggelecek seperti Dennis bergkamp dan Alexis Sanchez. Lagenda kita Allahyarham Mokhtar Dahari, memang terbaik, Beliau dipanggil Super Mokh, kerana beliau seorang pemain yang laju, seperti Messi dan Christiano Ronaldo,dan sepakannya kebanyakannya kena pada sasaran, Ada seorang bekas pemain pertahanan Singapura pernah berkata, "Saya pernah memberitahu anak buah saya, jangan bagi Mokhtar pegang bola, sebab kita tak tahu apa akan jadi, leka sekejap je, dah terus gol, saya respect Mokhtar Dahari. Kehebatan beliau memang Pemain bola kelas pertama dunia" Sekarang Era itu sudah tiada, Saya sedih juga melihat prestasi pemain Bola Malaysia sekarang, Mereka seperti Tidak ada Motivasi untuk bermain dengan semangat, Saya harap sangat Era bola sepak itu kembali semula di Malaysia, kerana jika kamu nak tahu, tengok Liga Malaysia dahulu, lebih menarik dari tengok Liga Inggeris, Liga Sepanyol dan lain-lain lagi." Ini kata-kata Pensyarah saya, GERKO 2. *mana perginya anak arwah,khabarnya bebakat juga dalam bolasepak?mubin mokhtar aksinya ada sikit2 mcm supermokh (lain posisi)pada pendapat admin credit #SSTDMM
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 18:23:55 +0000

Trending Topics




© 2015