By Anonymous Salam. Saja kan share pasal "Pra-bayar" atau - TopicsExpress



          

By Anonymous Salam. Saja kan share pasal "Pra-bayar" atau "Pre-paid" ani. Aku ani musykil pasal pelan "Pra-bayar" ani. Bukankah maksudnya kitani bayar lebih awal untuk sesuatu perkhidmatan atu kan? Jadinya, sekiranya kitani sudah bayar terlebih dahulu atau membeli top-up card untuk sebulan jadinya kitani memang sudah membayar khas untuk sebulan atu? Tapi mengapa B-Mobile mesti "block" talian kitani disebabkan "credit" kitani habis walaupun inda sampai sebulan "credit" kitani atu? Padahal perkhidmatan atu sepatutnya untuk sebulan yang telah dibayar awal terlebih dahulu mengikut jangka masa yang ditetapkan. Jawapan B-Mobile adalah disebabkan "credit" ku habis walaupun inda sampai sebulan pemakaian. Sudah ku debatkan sama pekerja sana tapi katanya memang polisi. Jadinya apa tah ertinya kami bayar untuk sebulan tapi kana "barr" pasal habis "credit"? Bonus pun kana kira hangus, macam buruk siku jua bagi customer bonus then tarik balik. Memang jadi pertanyaan megapa tah kan sibuk-sibuk complain arah facebook. Jawapannya adalah.....sudah ku ikhtiar kemukakan persoalaan ani arah B-Mobile tapi nada perkembangan atau feedback dari pihak berkenaan. Kalau nada complain cemani inda tah kana peduli tu perasaan customer?
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 12:48:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015