CARA PEMAKAIAN BEDAK TANAKA: 1) Sebagai Bedak Sejuk / Masker - - TopicsExpress



          

CARA PEMAKAIAN BEDAK TANAKA: 1) Sebagai Bedak Sejuk / Masker - Cara untuk Kulit Normal / Kering Bersihkan muka anda dengan pencuci muka. Hilangkan segala kotoran yang terdapat pada wajah anda. Jangan lap air lebihan pada muka. Sapukan muka dengan bedak Tanaka sehingga mencapai konsistensi bedak sejuk. Gunakan semalaman dan basuh pada keesokan harinya. Terasa lembut dan licin kulit muka. - Cara Untuk Kulit Berminyak Bersihkan muka anda dengan pencuci muka. Hilangkan segala kotoran yang terdapat pada wajah. Lap wajah anda sehingga kering. Cubit sedikit bedak Tanaka dan campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi ancuhan seperti krim lembut. Sapukan ke muka dan biarkan selama 1-2 jam sahaja. Basuh muka sehingga bersih dan tidur. Kenapa kulit berminyak perlu dibasuh dan tidak boleh ditinggalkan semalaman..? Ini kerana tekstur dan keadaan kulit yang berminyak mempunyai pori-pori yang besar dan rembesan minyak adalah tinggi. Jika pori-pori tersumbat, akan menyebabkan keadaan kulit muka berjerawat. Jika digunakan secara konsisten setiap hari 1-2 jam, pori-pori akan mengecil dan rembesan minyak akan dikurangkan. Kulit muka akan menjadi normal. Selepas itu, anda boleh mengamalkan bedak sejuk secara bermalam. 2) Sebagai Foundation Wajah Bedak Thannaka bertindak sebagai agen pelindung sinaran UV matahari secara semula jadi. Pancaran sinaran UV Matahari amat merbahaya kepada kulit kita terutamanya kulit wajah yang banyak terdedah. Dengan penggunaan Bedak Tanaka, kulit wajah lebih terlindung dan dalam masa yang sama, kulit wajah anda juga dirawat. Cubit sedikit bedak Tanaka Campurkan dengan sedikit air untuk mencapai konsistensi krim lembut.. (Sedikit sahaja air dah memadai. Secubit boleh campur dalam anggaran 10 titis air) Sapukan ke muka dengan sekata dan nipis selepas mengenakan toner dan mosturizer muka. Touch Up dengan sedikit bedak wajah.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 14:47:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015