CONTOH SURAT RESPON BANTAH CADANGAN DBKL MAHU NAIKKAN CUKAI - TopicsExpress



          

CONTOH SURAT RESPON BANTAH CADANGAN DBKL MAHU NAIKKAN CUKAI TAFSIRAN DI KUALA LUMPUR. SILA HANTAR KE ALAMAT DIBAWAH SEBELUM 17 DECEMBER 2013 DAN SILA SEBARKAN Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Bangunan TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50925 Kuala Lumpur. Yang dihormati Puan, PER: BANTAHAN SEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN - NO FAIL AAAAA / NO AKAUN ……………………………LOT ………………………. ALAMAT……………………………………………………………..……………………………………………………..…………………………………………………………………………………... Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian bertarikh 18 November 2013 yang berkait tajuk di atas. Saya membangkitkan bantahan terhadap nilaian tahunan RM………………………...yang telah diletakkan ke atas Lot …………………, Sek Mukim KL, rumah beralamat ……………………………………………………………………………………………………………………………… Secara khusus di kediaman saya, kenaikan nilai tahunan sejumlah RM……………… tidak adil dan terlampau; terutamanya apabila saya mendiami unit yang ditaksir. Kadar kenaikan ini adalah sebanyak …..……… ; iaitu ……………... peratus - yang mengejutkan kerana tidak dilakukan secara berperingkat terlebih dahulu. Adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (DBKL) untuk melaksana tugasan secara konsisten. Bantahan saya adalah berpaksikan perkara-perkara berikut: 1. Alasan bahawa kenaikan terakhir adalah 21 tahun lalu tidak memberi justifkasi kepada kenaikan mendadak di antara 100 % hingga 300%. Tanggungjawab kenaikan secara berperingkat seharusnya diambil oleh DBKL, atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan diganding dengan penambahbaikan infrastruktur setempat dan juga perkhidmatan berkualiti pihak setempat. 2. Malangnya, perkhidmatan pembentungan yang dahulunya dimasukkan di bawah taksiran DBKL kini diasingkan di bawah khidmat Indah Water Konsortium - di mana beban bayaran dikenakan kepada saya secara berasingan. Daripada pengamatan saya, hal ini boleh dilihat sebagai khidmat DBKL yang berkurangan daripada dahulu sehingga kini. 3. Harta rumah yang saya duduki adalah untuk tujuan kediaman; yang juga dijadikan khazanah pelaburan di masa hadapan. 4. Peningkatan ini hanyalah menguntungkan pemilik premis; dan merugikan pemilik/ penyewa seperti saya. 5. Alasan bahawa semakan taksiran terpaksa dibuat untuk menepati nilai hartanah yang lebih jitu tidak tepat memandangkan nilai hartanah yang sentiasa tinggi dan meningkat naik di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, kerajaan terpaksa memperkenal PR1MA dan skim-skim berkait lainnya dalam usaha mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik buat rakyat; termasuklah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan spekulasi hartanah sedia ada. Jelas bahawa nilai semakan taksiran yang begitu tinggi ini dilihat sebagai kontradiksi realiti masakini. Justeru, dengan hormatnya saya memohon agar: DBKL memberi justifikasi kepada kenaikan dengan menerbitkan kepada umum perbelanjaan dari tahun ke tahun - khusus berapakah yang dibelanjakan oleh DBKL untuk memperbaiki infrastruktur bandar Kuala Lumpur, dengan niat untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat. Semakan semula nilai taksiran ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu sehingga khidmat DBKL diperbaiki; dan kalaupun perlu dilaksanakan, dibuat secara berperingkat dan berpatutan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk mengawal inflasi dan tidak memperkenal dasar yang akan mengeruhkan kedudukan ekonomi rakyat terbanyak - khususnya menerusi kutipan bayaran taksiran yang teramat tinggi sebegini. Sekalung penghargaan saya ucapkan di atas perhatian yang diberikan oleh pihak Puan. Sekian, terima kasih. Yang benar, ...................................
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 23:31:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015