Cantik tanpa makeup?? Tiada masa untuk bersolek tetapi masih mahu - TopicsExpress



          

Cantik tanpa makeup?? Tiada masa untuk bersolek tetapi masih mahu kelihatan cantik? Boleh saja.. Ikuti panduan penjagaan kulit wajah... Cuci muka sekali sehari Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang. Pilihan pencuci Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan. Pelindung matahari Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2 jam. Tinggalkan toner Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita telah menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit. Pencuci dengan pH seimbang Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada wajah. Pastikan ‘pH-balanced’ pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit. Tanpa pewangi Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel ‘tanpa pewangi’ biasanya mengandungi pewangi minima sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk. Pelembab pelbagai guna Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting – melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi. Minyak semulajadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum. Senaman Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaik rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit. Tidur yang cukup Kortisol, sejenis hormon tekanan, mebuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan akne. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat. Tips diatas membantu anda dalam menjaga kulit wajah dengan lebih baik tanpa penggunan kosmetik yg salah... Anything to ask, mind to comment.. Have a great day.. ^_^
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 08:27:06 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015