Cara Semula Jadi Kuatkan Jantung Penyakit jantung koroner - TopicsExpress



          

Cara Semula Jadi Kuatkan Jantung Penyakit jantung koroner merupakan salah satu penyebab kematian. Penyakit jantung koroner ini disebabkan oleh tujuh faktor risiko utama. Faktor tersebut meliputi peningkatan kadar kolesterol darah, trigliserida dan lemak lain, peningkatan darah, peningkatan kadar asid dalam darah serta gangguan metabolik, khususnya diabetes, obesiti, merokok dan kurang aktiviti fizikal. Selain menggunakan pengubatan moden, anda boleh membantu mengatasi penyakit ini dengan beberapa sumber makanan semula jadi. Berikut adalah beberapa sumber yang boleh anda amalkan : Anggur Secara umumnya, buah-buahan segar bermanfaat dalam membantu mengatasi penyakit jantung. Buah-buahan ini bekerja dengan cara menguatkan jantung. Anggur, khususnya efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung. Penyakit tersebut dikatakan boleh dikawal dengan cepat jika pesakit mengamalkan diet eksklusif dengan anggur selama beberapa hari. Jus anggur khususnya amat bermanfaat ketika seseorang menghidap serangan jantung. Epal Buah ini mengandungi komponen yang berfungsi menstimulasi jantung. Epal dan olahan dari sumbernya amat bermanfaat bagi pesakit lemah jantung. Bawang Merah Bawang merah dikatakan amat bermanfaat dalam mengatasi penyakit jantung. Sayuran yang satu ini bekerja mengawal kolesterol darah dengan mengoksidasi kelebihan kolesterol. Satu sudu kecil jus bawang merah mentah di pagi hari dikatakan amat bermanfaat dalam kes-kes sebegini. Madu Madu mengandungi pelbagai komponen yang berfungsi mencegah semua jenis penyakit jantung. Madu bekerja menguatkan jantung dan melancarkan perjalanan darah. Selain itu, madu juga efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung dan degupan jantung. Makan satu sudu besar madu setiap hari cukup untuk mencegah semua jenis gangguan jantung. Para Isteri , jika perlukan tempat utk meluahkan perasaan, jemput LIKES --> https://facebook/pages/Kelab-Luahan-Wanita/453029021459371 segala luahan anda dirahsiakan & moga2 bebanan anda dapat dikurangkan
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 05:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015