Cerita ibu... SENARAI SEMAK TRIMESTER - TopicsExpress



          

Cerita ibu... SENARAI SEMAK TRIMESTER 1 --------------------------------------- Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung. 1. Pastikan anda benar-benar hamil Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa. 2. Buat temu janji pemeriksaan Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil. 3. Pastikan semua aktiviti anda selamat Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan. 4. Amalkan pemakanan sihat Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik. 5. Minum air Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari. 6. Tidur awal Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal. 7. Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda. 8. Jangan lupa vitamin prenatal Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 08:00:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015