#Confession273 respond to confession 254 Assalamualaikum. - TopicsExpress



          

#Confession273 respond to confession 254 Assalamualaikum. Maaf kalau terkasar bahasa atau saya mempunyai pendapat yang berlainan dengan anda. Saya minta maaf banyak-banyak. Mungkin confession 254 sesuai ditujukan kepada para perempuan Islam. Bukan kepada perempuan bukan Islam. Ini kerana, berdasarkan al-Quran, ada ayat yang menyebut mengenai aurat perempuan iaitu = (Surah An Nur : Ayat 31) .SILA SEMAK AL-QURAN. TERIMA KASIH. : Dan katakanlah kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur : Ayat 31) Jelas dikatakan bahawa ayat itu ditujukan kepada PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN dan ORANG-ORANG YANG BERIMAN sahaja. Bukan untuk orang-orang yang tidak beriman(tidak percaya kepada ALLAH). sila rujuk balik rukun iman Satu lagi ayat di dalam al-Quran, (Surah Al-Ahzab : Ayat 59) Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab : Ayat 59) Selebihnya, kalian boleh semak al-Quran sendiri. Saya mahu meminta maaf kepada rakan-rakan yang non-Muslim jika rakan-rakan Islam saya menyinggung perasaan anda. Dan saya harap agar kalian yang beragama ISLAM, perlu lebih berhati-hati apabila menyuarakan pendapat mengenai agama. Kita ada al-Quran. jadi, berkata-katalah dengan merujuk al-Quran. Sebelum berdakwah, fahami ISLAM dan al-Quran betul-betul. Apa perasaan anda kalau kawan-kawan non-Muslim suruh anda jangan pakai tudung? Sakit hati kan? Jadi, janganlah buat perkara yang sama kepada mereka. Mereka ada kepercayaan mereka sendiri. Bagi mereka, agama mereka. Bagi kita, agama kita. Kita kena hormat kepercayaan mereka. Asalkan kita jangan terikut sekali mempercayai kepercayaan mereka. =) Kepada Japeri Ajedi yang komen this is funny, ironically i saw a lot of cheap covered girls. Ya. Saya akui. Ramai dikalangan perempuan Islam yang memakai tudung kelihatan sangat murah. Ini kerana mereka tidak betul2 memahami dan mematuhi perintah ALLAH. Cara mereka berpakaian juga tidak mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran. Pakai tudung tetapi baju ketat. Berpakaian lengkap seperti yang diperintahkan ALLAH tetapi gedik dan melunakkan suara. Macam-macam lagi. Saya akui. Memang ramai perempuan ISLAM seperti ini. Ini sedikit sebanyak mencalar nama baik ISLAM. Saya harap mereka sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan. In shaa ALLAH. Semoga mereka diberikan hidayah. Amin. Merujuk kepada komen Arron Lim, Dont punish yourself by restricting your own freedom for the fault of others. Saya tidak mahu menafikan atau mengiyakan kenyataan itu. Mungkin betul bagi agama awak. Cuma, dalam Islam, menutup aurat adalah satu kewajiban. Perintah ALLAH adalah suatu yang mesti dipatuhi. Menutup aurat bukanlah satu hukuman atas kesalahan orang lain atau menyekat kebebasan berpakaian. Allah Maha Mengetahui tentang kelemahan seseorang lelaki. Lemahnya mereka pada nafsu mereka. Jadi ALLAH perintahkan perempuan Islam untuk menutup aurat supaya mereka tidak senang untuk diganggu. In shaa ALLAH. Kalau lelaki tengok perempuan berjubah hitam,labuh dan menutup muka, ada tak lelaki yang terangsang melihat mereka?? Tidak kan~ jadi, perempuan Islam lebih selamat dengan memakai pakaian yang telah ALLAH tetapkan ciri-cirinya. Kepada Mike, saya setuju dengan pendapat awak. Kalau seseorang lelaki itu sudah cukup matang dan tahu berfikir dengan logik, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang buruk kepada perempuan. Dalam al-Quran, ALLAH memerintahkan lelaki untuk menjaga pandangan mereka (Surah An-Nur : ayat 30) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nur : ayat 30) Ini jelas mengatakan bahawa dalam Islam, lelaki juga ada tanggungjawab mereka. =) Setakat ini sahaja. In shaa ALLAH. Saya harap rakan-rakan non-Muslim dapat maafkan rakan rakan Islam saya yang menyinggung perasaan anda semua. Jika saya ada salah dimana2 dalam confession ini, saya minta maaf banyak-banyak dan tolong perbetulkan silap saya. Saya tidak sempurna tetapi berusaha sedaya upaya untuk jauhkan diri dan rakan-rakan dari maksiat. In shaa ALLAH. Wallahualam. Assalamualaikum.
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 12:13:51 +0000

Trending Topics




© 2015