DARI BILIK BERITA.. 1.Tan Sri Adenan Satem di pilih menjadi - TopicsExpress



          

DARI BILIK BERITA.. 1.Tan Sri Adenan Satem di pilih menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru menggantikan Tan Sri Taib Mahmud. 2.Pemilihan Adenan Satem di katakan untuk mengelak permusuhan politik antara Datuk Amar Johari dan Datuk Awang Tengah yang di bimbangi akan membawa kepada perpecahan di negeri bumi Kenyalang ini. 3.Kes pertama wabak Influenza A (H7N9) di rekodkan di Kuala Lumpur bila pelancong warga China di dapati mengidap penyakit ini setiba nya dari Guangdong. 4.MCA mempertikaikan kepada Kementerian Pendidikan mengapa kerajaan belum lagi memanggil dan memberi pekerjaan kepada 800 guru pendidikan bahasa Cina dari Institusi Latihan Guru Malaysia seperti yang pernah di janjikan sebelum ini. 5.Sebanyak 40,000 ekar tanah hutan bakau di Daerah Krian menghadapi ancaman penebangan. 6.Kerajaan Negeri Sembilan bercadang membuat benih hujan untuk mengatasi masaalah kepanasan dan kekurangan bekalan air. 7.Kebakaran hutan di Padang Siring, Arau Perlis menjadikan murid-murid sekolah berhampiran memakai topeng penutup mulut dan hidung semasa belajar. 8.Rakyat Malaysia di dapati lebih gemar berbelanja dgn wang tunai berbanding kad kredit. 9.Jabatan Bomba dan kerajaan Perak awasi kebakaran hutan di Tasik Bersia, Grik Perak. 10.Pelajar 15 tahun di Sg Petani yg mengelar lengan nya kerana marah di buli rakan telah di tukar ke sekolah lain. 11.Film cina tempatan Bullet over Petaling Street mula memasuki pawagam hari ini. 12.Cermin tingkap di pejabat hakim Mahkamah Tinggi Jalan Hospital telah pecah kerana di baling objek oleh individu yang tidak di kenali. 13.PM ajak umat islam sertai solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan jam 6 petang hari ini. 14.Masaalah yang di hadapi seorang wanita M.Sandra mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.M.Sandra menghadapi masaalah bila TNB mendirikan tiang lampu di depan rumah nya di Seri Alam di Johor Bharu dan meminta wang RM10,000 sebagai kos mengubah dan memindah tiang berkenaan.Bagaimapun TNB menafikan tunturan wang sebanyak itu dan menurut mereka rumah low cost ini sebenarnya tidak ada pagar semasa mula di bina dan pembeli rumah membina nya sendiri. 15.Kematian pelancong warga German kerana terjatuh di kemuncak Gunung Kinabalu merupakan kes terpencil dan munkin 1 dalam sejuta. 16.Seorang bapa menang kes saman keatas KDN kerana kematian anak nya dalam penjara Sungai Buluh pada 2009.Bapa kepada banduan ini menerima pampasan RM3.6 juta. 17.Seorang warga Vietnam di tikam oleh saudara nya di Jeti Tajong Gemok, Rompin Pahang kerana gagal menghantar wang kepada keluarga di tanahair mereka. 18.Paras air di Empangan Durian Tunggal ,Melaka di dapati menurun 1 peratus setiap hari ekoran cuaca panas yang melampau. 19.Fenomena cuaca panas di jangka berterusan hingga penghujung Februari di mana kawasan paling panas di Malaysia yg di rekodkan secara maksimum adalah di Petaling Jaya (35.9c) di ikuti Ipoh (35.7c), Alor Star (34.7c) dan Kuala Lumpur (34c). Cameron Highland mencatat suhu minimun terendah iaitu 15.1c 20.Ilmuan Islam Terkemuka Yusuf Qaradawi memuji usaha dan sumbangan malaysia kepada umat islam di seluruh dunia. 21.Polis menahan wanita yg mengguna akaun Facebook atas nama Josephine Mary kerana menghina melayu,raja dan agama islam dalam post nya.Mary di tahan di Shah Alam.Siasatan awal mendapati wanita berkenaan tidak tahu mengenai nama dan gambar nya di pergunakan oleh orang lain dlm blog The Flying Kick. 22.Seorang tukang gunting rambut membuat aduan polis selepas anak nya yg merupakan pelajar tahun dua di sebuah sekolah rendah di Johor Bharu di pukul dgn selipar. 23.Dua adik beradik dan rakan mereka yg juga pelancong dari Sepanyol di temui sesat di Gunung Datuk di Negeri Sembilan. 24.Kakitangan Jabatan Mufti Selangor mengedar risalah kepada remaja dan belia mengenai pengharaman sambutan Hari Valentine. 25.Pulau Pinang di kecam kerana mengadakan sambutan sempena Hari Valentine di Pengkalan Weld pada 15 Februari yang mempunyai unsur2 lucah dan seks. 26.Polis memanggil Teresa Kok berhubung video klip nya yang menghina orang Melayu dan memperlekehkan Sabah. 27.Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mula memburu pemandu teksi warga asing di Kuala Lumpur.Dalam operasi kelmarin 3 pendatang di tahan kerana kekeliruan pada kad pengenalan, 15 pemandu yang tidak menggunakan meter dan 2 pemandu yang mengenakan kadar tinggi. 28.Lima penjaja yang berniaga makanan dan minuman ringan di Pasar Besar Port Dickson enggan pindah kerana tidak yakin dgn alasan kehadiran mereka membawa kepada masaalah kesesakan lalulintas. 29.DBKL dan JPS di minta atasi segera masaalah tanah mendap di Kg Pindah dan Kg Baru di Kuala Lumpur. 30.Penduduk sekitar Dengkil dan Kuala langat terputus bekalan air berikutan penutupan loji rawatan air Bukit Tampoi. LUAR NEGARA: 32.Banjir di Britain di dapati semakin buruk akibat hujan lebat yang berterusan. 33.Penyanyi Rihanna akui dia pernah jatuh bankrap pada 2009 akibat kesilapan akauntan nya. 34.Gempa bumi yang kuat berukuran 6.8 skala rikter telah melanda wilayah Xinjiang di China. 35.Mahkamah Thailand menolak petisyen yg di kemukakan oleh pembangkang yg mahu pilihanraya yg telah di adakan baru2 ini di batalkan. 36.Seramai 73 mati bila pesawat tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan. 37.Toyota menarik balik 1.9 juta kereta Prius yg berada di pasaran kerana masaalah SUKAN: 38.Trengganu memberi kebebasan kepada pemain nya Evaldo Goncalves samada mahu membuat laporan polis atau tidak terhadap insiden terowong di Larkin. 39.Ramai mahu FAM selesaikan insiden Terowong Larkin dan tidak setuju dengan cara mengangkat sumpah bersaksikan Al Quran. 40.Pemain Real madrid Christiano Ronaldo di baling dgn pemetik api yang mengenai kepala selepas tamat perlawanan menentang Athletico Madrid di stadium lawan di mana Real menang 2-0 dan mara ke final Piala Raja Sepanyol. 41.Perlawanan liga England antara Everton vs Crystal Palace dan Man City vs Sunderland di tangguh kerana cuaca buruk. 42.Arsenal di sekat Man Utd 0-0 manakala Liverpool menang 3-2 keatas Fulham dgn penalti minit terakhir.
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 09:25:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015