DI MANA NASIB MELAYU ISLAM JIKA POLITIK TIDAK LAGI DIPIMPIN OLEH - TopicsExpress



          

DI MANA NASIB MELAYU ISLAM JIKA POLITIK TIDAK LAGI DIPIMPIN OLEH ORANG MELAYU ISLAM Marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dengan menyelami dasar kehidupan kita yang selama ini mengecapi segala kehidupan dengan penuh rukun dan damai tanpa berpaksikan pada parti politik. Di manakah akan kedudukan orang Melayu Islam jika negara Malaysia ini sudah melenyapkan kuasa politik Melayu Islam dan tidak lagi ditadbir oleh orang Melayu Islam sendiri. Ini bukan hendak bercakap atau mempersoalkan sentimen perkauman, tetapi bila mana timbul isu-isu yang berkaitan dengan kesusahan dan kepayahan orang Melayu Islam zaman sekarang maka terpanggil untuk berkongsi pandangan dan informasi. Singapura dan Indonesia iaitu negara jiran kita telah ditadbir oleh orang bukan Melayu Islam. Jika dahulunya Temasik dan Indonesia ditadbir dan diperintah oleh orang Melayu yang hebat-hebat dari politik, pendidikan hingga ekonominya kini bangsa Melayu hanya menjadi golongan kelas bawahan yang tidak langsung mempunyai hak untuk bersuara mempertahankan bangsanya malah agama Islamnya. Jika dahulunya Nusantara ini dikatakan milik orang Melayu, namun sekarang hanya tinggal sejarah yang semakin dilupakan oleh generasi zaman sekarang. Syukur Alhamdulillah, Malaysia dan Brunei masih berjaya mempertahankan Kuasa Raja-Raja Melayu dan Melayu Islam masih dapat mentadbir negara walau berbekalkan hanya kuasa politik dan pendidikan sedangkan ekonominya khususnya di Malaysia telah dikuasai sepenuhnya oleh kaum lain iaitu Kaum Cina. Tidak hairan bagaimana ini semua boleh terjadi pada masa kini kerana Pemimpin Politik sendiri yang membiarkan perkara ini berlaku dan perpecahan di kalangan orang Melayu Islam dibiarkan berlarutan tanpa sebarang inisiatif diambil dan dilakukan untuk menyatu padukan bangsa Melayu Islam ini. Ini semua adalah akibat daripada sikap gila dan hendak rebutkan kuasa dengan pembawaan ideologi berbeza, tidak mustahil suatu hari nanti bangsa Melayu Islam akan merempat di bumi sendiri. Manakala, Kaum-Kaum lain pula sentiasa dan hanya menunggu peluang dan ruang untuk merampas negara ini dengan strategi-strategi halus setelah ekonomi mereka pegang dan sedang menjalankan gerakan-gerakan untuk merampas tampuk pemerintahan Malaysia dari tangan orang Melayu melalui kuasa politik dan demokrasi. Musuh dalam selimut yang selama ini menggunakan beberapa badan NGO telah berani bersuara lantang dengan berbekalkan kebebasan bersuara. NGO NGO yang berteraskan kepada perjuangan Melayu Islam dan yang menjadi tunjang kepada kepada perjuangan Melayu Islam juga telah digula-gula dan didedakkan dengan racun wang.Ibarat ungkapan semut mati kerana gula... Jangan terkejut jika kita bangsa Melayu Islam tidak bersatu, semua parti-parti politik bangsa lain akan mengambil kesempatan yang mudah dari kita. Ini bukan lagi rahsia kerajaan atau rahsia parti. Kita semua sebagai bangsa Melayu Islam yang budiman dan boleh berfikir dengan akal yang waras dan rasional dapat memikirkan dan melihat apa implikasi yang akan Melayu Islam perolehi jika Malaysia ini jatuh ketangan bukan Melayu dan Islam. Selagi Melayu Islam masih berkata mengharapkan subsidi, mendambakan bantuan, meminta peruntukan dan biasiswa selagi itulah UMNO masih relevan di Malaysia bagi menjaga hak-hak kaum Bumiputera. Setelah 56 tahun merdeka, tidak dinafikan dan diperakui memang kerajaan dibawah pimpinan UMNO tidak begitu sempurna kerana masih ada yang hidup miskin. Tetapi percayalah, UMNO telah dan akan buat sehabis baik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Jika UMNO sudah tidak berkuasa dan pemerintahan Malaysia di kuasai oleh DAP yang cukup rasis dan perkauman serta begitu menjaga kaumnya sahaja, maka Melayu Islam di Malaysia akan terus tenggelam dan tidak mungkin akan timbul lagi walaupun Melayu Islam masih dalam majoriti di Malaysia. Bersatulah Melayu Islam demi ibu pertiwi. Bersatulah Melayu Islam untuk kelangsungan hidup anak cucu kita!!!!!!!!!!!!!!
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 16:50:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015