DRAMA TRANFORMASI POLITIK Janji untuk melakukan transformasi - TopicsExpress



          

DRAMA TRANFORMASI POLITIK Janji untuk melakukan transformasi politik tidak boleh dilakukan secara tempelen atau kulit2an sahaja. Institusi wakil rakyat dan ahli parlimen berada di baris hadapan dalam agenda transformasi politik ini. Kita boleh menghargai pendekatan YB2 turun ke padang dalam program gotong royong, sukan, melawat orang sakit, menziarahi rakyat yg susah dan bergegas mengaturkan bantuan ketika ribut atau banjir dsb. Walaupun kita boleh ucapkan syabas dan terima kasih, itu sebenarnya adalah sebahagian dari tanggungjawab mereka. Selain itu, apakah lagi peranan/tanggungjawab YB2...Tidak mungkin hanya untuk bertanyakan soalan dalam sidang DUN atau parlimen semata2. Saya berharap YB2 dapat memperbesarkan skop peranan mereka. Jika dalam masalah banjir di kg bakau sebagai contoh...jika setakat bercadang untuk buka bilik gerakan banjir, itu tentunya tak memadai...kenapa tidak kita kemukakan penyelesaian jangkapanjang untuk kg bakau yg terpaksa menghadapi musibah ini hampir setiap tahun ? Sesungguhnya banyak perkara2 besar yg boleh kita lakukan jika benar kita menghayati tuntutan transformasi dalam politik. Sementara kita masih boleh terus membawa pisau potong daging menjelang kenduri, merasmikan majlis dan program kawasan atau sesekali bersantai dgn rakyat, kita wajib keluar dari kepompong dan kotak pemikiran lama yg hanya menjadikan YB2 sekadar burung musim semata2....
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 05:55:29 +0000

Trending Topics



ARDAN ÖNCE ÜMMETİN SUSKUNLUĞU ŞEHİT

Recently Viewed Topics




© 2015