#DTrKemalanganMaut #DTR Tertusuk besi penghadang Oleh Asmah - TopicsExpress



          

#DTrKemalanganMaut #DTR Tertusuk besi penghadang Oleh Asmah Rusman dan Fardy Bungga Kuala Lumpur: Seorang pelumba kereta warga Singapura dan rakannya maut selepas kereta Porsche 911 turbo yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan Kilometer 3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, di sini, semalam. Difahamkan, pemandu kereta berharga lebih RM800,000 itu, Kwek Kon Chun, 35, sering menyertai kejohanan lumba kereta di Supercar Drag Race dan siri jelajah perlumbaan endurance di seluruh negara. Dalam kejadian jam 2.45 pagi, semalam, Kwek bersama rakannya dipercayai jurufoto profesional, Franco Toh, 43, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. Kwek yang juga bekas Naib Presiden Pengurusan Korporat Hong Leong Asia Ltd dipercayai berada di negara ini untuk menyertai pusingan kelima Siri Jelajah Supercar Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markhandan berkata, kereta itu dari arah Sepang menghala ke pusat bandar hilang kawalan lalu terbabas. “Kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkan ia terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya terbabit,” katanya. Menurutnya, besi sepanjang dua meter kemudian tertusuk pada cermin kiri sebelum menembusi bahagian depan dan cermin kanan. Akibatnya kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk. Difahamkan, mangsa maut akibat parah di kepala serta muka dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. ~>hmetro
Posted on: Mon, 10 Nov 2014 04:12:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015