DUNIA Erdogan isytihar menang 2013/06/19 Ankara: Perdana - TopicsExpress



          

DUNIA Erdogan isytihar menang 2013/06/19 Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mendakwa menang selepas tindakan keras ke atas demonstrasi, ketika polis menyerbu rumah dan menahan ratusan penunjuk perasaan untuk menamatkan ketegangan hampir tiga minggu itu. Selepas pertempuran sengit hujung minggu lalu yang dicetuskan selepas penunjuk perasaan diusir dari Taman Gezi di Istanbul, tumpuan bantahan itu, penunjuk perasaan berusaha berkumpul semula dan polis berdepan dengan pertempuran dengan kumpulan lebih kecil di seluruh negara. Tengah malam kelmarin, polis pencegah rusuhan di Ankara melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang membalas dengan membaling batu dan bersembunyi di sebalik penghadang sementara. Bantah dalam diam Di Istanbul, berpuluh-puluh penunjuk perasaan menukar tindakan kepada membantah dalam diam, berdiri tegak sebagai tanda bantahan di Dataran Taksin terletak bersebelahan Taman Gezi. Ketika bantahan semakin hilang kepadatan, Erdogan berkata, beliau berjaya menangani krisis itu yang dilihat sebagai cabaran terbesar kepada kerajaan berakar umbi Islam yang dipimpinnya selama 10 tahun. Demokrasi diuji lagi dan akhirnya berjaya. Rakyat dan kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menggagalkan rancangan itu yang dimulakan pengkhianat dan rakan subahat asing, katanya kepada anggota AKP yang disambut sorakan gemuruh. Yakin beliau sudah menenangkan ribut, Erdogan memberi amaran terhadap sebarang kebangkitan semula bantahan. Bermula hari ini, tiada persoalan menunjukkan sebarang tolak ansur kepada sesiapa atau pertubuhan yang terbabit dalam tindakan ganas, katanya. Erdogan dikritik hebat kerana cara mengendalikan krisis itu, dengan Amerika Syarikat dan sekutu Barat lain mengecam kekerasan melampau polis ke atas penunjuk perasaan. Namun, beliau berkata, polis sudah melepasi ujian demokrasi dengan reaksi mereka kepada ketegangan itu dan berikrar akan meningkatkan kuasa mereka. Komen beliau dibuat ketika polis melancarkan serbuan ke rumah seluruh negara, menahan berpuluh penunjuk perasaan. Di Istanbul, pegawai menahan kira-kira 90 orang anggota Parti Sosialis Tertindas (ESP), kumpulan kecil berhaluan kiri yang aktif dalam tunjuk perasaan itu, kata persatuan peguam Istanbul. Media tempatan melaporkan, 30 turut ditahan di Ankara dan 13 lagi di Eskisehir. Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler, bercakap mengenai penahanan 62 orang di Istanbul dan 23 lagi di Ankara dan berkata mereka mempunyai kaitan dengan siasatan antipengganas berterusan terhadap Parti Komunis Marxist-Leninist (MLKP) yang juga mengambil bahagian dalam bantahan di Taman Gezi. AFP
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 01:59:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015