Dalam hadith yang diriwayatkan oleh ramai sahabat, “Allah - TopicsExpress



          

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh ramai sahabat, “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sha’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci) (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. jilid 3, ms 135, Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh). Hadith ini secara mafhumnya mengajarkan agar membetulkan aqidah tauhid dan menjauhi semua bentuk syirik besar dan kecil, memelihara silaturrahim dan ukhuwwah, secara halus mengisyaratkan agar beristighfar dan bertaubat pada malam nisfu sha’ban agar dapat keampunanNya. Begitu juga pada setiap malam bulan sha’ban. Adapun membaca yasin 3 kali malam nisfu sha’ban, dengat niat panjang umur, selamat dari bala dan murah rezeki, maka tiada nass yang mengkhususkan amalan ini. Begitu juga dengan perbuatan ‘mewajibkan’ doa khusus selepas itu, maka itu doa rekaan yang rapuh. Yang lebih patut ialah berdoa dan beribadah seperti biasa, spt memelihara solat jamaah, membanyakkan bacaan al-Quran, taubat dan istighfar. Allahu ‘alam.
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 13:53:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015