Dalam perkhidmatan awam, saya lihat ada istilah-istilah seperti - TopicsExpress



          

Dalam perkhidmatan awam, saya lihat ada istilah-istilah seperti "Kaki Kipas", "Tukang Bodek", "Balaci Boss", "Kaki Ampu" dan macam-macam gelaran yang menggambarkan penjawat yang suka bodek boss tapi tak buat kerja. Saya tak tahu sangat golongan ini tapi saya ada beberapa orang rakan baik penjawat awam gred 52 dan ada yang gred 54. Mereka ini bekerja sebagai perancang dan pentadbir. Kerja mereka memang sangat sibuk tapi bukan sibuk buat kerja-kerja kerani, ataupun kerja-kerja yang nampak kerjanya tetapi mereka sibuk menghadiri mesyuarat untuk menerima misi dan menjalankan mesyuarat untuk melaksana misi. Baru umur macam saya dah hilang banyak rambut. Saya dengar dari orang bawahan mereka pula kononnya rakan-rakan saya ini ialah kaki kipas kerana tak buat kerja, hanya ikut boss besar meeting sana sini, balik nak mengarah sahaja kerjanya (jawatan pun timbalan pengarah dan pengarah...itulah kerja dia pun). Tapi pada saya, itu bukan kaki kipas, itu entourage yang mengikuti boss ke mana-mana dan apa sahaja yang boss dapat dari meeting semua terus masuk bahagian pelaksana melalui "kaki kipas" ini. Itu pada saya bukan pengampu (yang saya kenal sahaja lah) tetapi itu satu chain of command atau fungsi pengurusan biasa. Maka...itulah kaki kipas yang saya kenali. Saya tak pasti samaada kaki kipas yang saya maksudkan ini SAMA dengan kaki kipas yang anda maksudkan. Mungkin anda semua booleh berkongsi bagaimana kaki kipas dalam perspektif anda. Mari berbincang dengan hemah :) SAIFUL NANG Suka Kaki Kipas Yang Selalu Lapor "Boss...MISSION COMPLETED".
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 05:38:29 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015