Dalam sejarah ATM... mengenai penglibatan anggota kita di sana - TopicsExpress



          

Dalam sejarah ATM... mengenai penglibatan anggota kita di sana pada tahun 2008, sebenarnya memang mendapat reaksi bercampur-campur. Kalau dari sudut negatif, kelihatan kita dipergunakan oleh Tommies dan persoalannya kenapa nak jaga istana penjajah? Namun begitu, kalau dari sudut lain pula - kita sebenarnya diuji. Pertama, tugas ini bukanlah tugas mudah. Ini adalah salah satu tarikan pelancong di kawasan sana. London Public Duties ni mungkin bagi kita tampak remeh tapi kena ingat.. Tugas ini dipikul bukan sebarangan kerana tugasan sebegini bukannya sekadar tugasan biasa. Ini adalah tarikan pelancongan di sana dan secara tersiratnya kita mempromosi budaya dan kehebatan kita. Kita bukannya satu-satunya negara Komanwel yang memikul tugas ini. Kanada, Pakistan, Malta, malah Australia pun sama. Kedua, jemputan dibuat atas dasar hubungan rapat antara Malaysia dan British. Tak bermakna kita menyerah diri dan merasakan diri ini masih hamba mereka. Tidak. Benar kita pernah dijajah oleh British, Portugal, Belanda dan Jepun pula bagaimana? Ketiga, dari segi imej pula - 1RAMD memang terkenal dengan pakaian istiadat yang segak sampai jiran kita merah mata bila tengok. Sampai kata pakaian ni pakaian beraya. RAMD dipilih kerana hubungan sejarah. RAMD kita pernah membuktikan keupayaan mereka malah keberanian mereka tidak boleh disangkal.. Allahyarham Leftenan Adnan sebagai contoh.Tertulis dalam sejarah namun jarang diambil perhatian oleh sejarawan perang Dunia kedua terutamanya para orientalis dan sejarawan Barat. Lagi peristiwa Bakara Market. Walaupun nanti ada yang mempersoalkan kenapa dua nama ni pula muncul sebabnya RAMD memang ada pelbagai batalion namun apapun nombor mereka. Mereka masih memikul nama RAMD. Ibarat satu keluarga, seorang buat baik, baik lah nama keluarganya. Keempat, perbarisan ini bukan sekadar perbarisan. Malah ada pertunjukan perarakan muzikal dan juga pameran sejarah. Kalau ada pameran sejarah RAMD, alhamdulillah. Kalau tak ada, tak mengapalah. Kehadiran mereka ni memang ibarat lain dari yang lain, berbaju melayu, bersamping dan bersongkok. Selalu yang jaga istana ni yang berbaju merah dan bertopi macam mikrofon (hahaha... admin tak tau plak nak gelar tu topi apa. dah lupa). Kelima, seperti yang saya nyatakan tadi, perbarisan ni bukan calang-calang perbarisan. Ada orang minat askar sebab senjatanya, ada yang sebab uniformnya, ada pula kerana disiplin kawatnya. Unit 1RAMD dipuji kerana mereka mudah dilatih dan cekap. Ini diakui oleh pihak British. Keenam, walaupun berita ni dah dipadam. Jabatan Pertahanan British pernah menulis berita penglibatan 1RAMD sebagai first muslim batallion to guard castles and perform public duties. Bukan nak merendahkan martabat Muslimin tapi sebenarnya kita diuji dari segi amanah melakukan tugas ini. Siapa yang di Eropah akan faham ketika itu Islamophobia bertiup kencang dan muslimin digambarkan sebagai orang gasar dan ganas. Kalau betul gambaran tersebut, sudah tentu huru-hara istana British. Ketujuh, orang ramai akan menilai tahap disiplin sesuatu pasukan bukan pada kekuatan mereka, malah kemantapan persembahan kawat mereka. Kelapan, ini sekadar ceremony. Istiadat, tidak lebih daripada itu. Jadi, jangan pula termakan dengan dakyah Indon yang mengatakan kita ni masih "anjing British". Kita ke sana bukan nak melupakan sejarah yang lampau, sejarah yang mereka dah buat. 1RAMD dah menjalankan tugas mereka dengan baik dan malah mendapat sambutan para pelancong di sana. Imej ATM, imej RAMD dan imej negara dipikul oleh mereka. Mengenai hubungan kita dengan British, dari segi sejarah lampau memang la kita dimanipulasi oleh British sampaikan Tun M kata buy British last. Malah negara kita ni dah mampu buat "Iron Lady" mereka goyang. Kalau nak berdendam dengan mereka, saya rasa itu pandangan peribadi masing-masing.Saya sendiri pun tak melupakan pengorbanan Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap, Syarif Masahor, Dato Maharaja Lela, Antanom, Paduka Mat Salleh, dan puluhan nama para pejuang tanah air yang gugur ketika menentang penjajahan British mula bertapak di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Walaupun ketiga-tiga wilayah di Malaysia ni ditadbir secara berlainan, hakikat kita pernah dijajah oleh British sama ada secara langsung atau tidak memang tak boleh disangkal. Jika kita ikutkan rasa dendam, kita campakkan sahaja Sony, Samsung, Hitachi dan beberapa barangan dari negara bekas penjajah kita - Jepun dan Korea. jangan lupa, askar Jepun bukan sahaja terdiri daripada orang Jepun sahaja, malah Korea pun ada. Berbanding dengan British, kita masih memandang tinggi Jepun kerana disiplin mereka. Begitu juga Korea. British bukan menjemput orang nak jaga istana mereka ikut suka-suka. Dari segi moral, kita dipandang dari segi disiplin tapi loyalty RAMD bukannya kepada British tapi loyalty RAMD adalah kepada negara. Mereka sedar tugas ini bukan mudah, tapi demi negara dan ATM dan juga maruah Islam yang dirobek oleh media Barat, rasanya kehadiran 1RAMD disana adalah salah satu psychological show off force. Sebagai contoh, misi pengaman kita di negara-negara lain seringkali digambarkan sebagai gunshy oleh negara Amerikanski. Tapi, hakikatnya, anggota kita dilabel dengan pelbagai nama, "diplomatic but deadly", adakalanya tradisi "ngayau" turut menjadi faktor kepada beberapa pihak segan dengan anggota kita. Itu tak termasuk tahap kesabaran tinggi dan juga kebijaksanaan orang kita. Mengenai penglibatan di Bosnia, Afghan dan negara-negara lain yang menghadapi konflik pada masa dahulu, kita hadir sebagai pasukan pengaman. Bukan aggressive force. Kita masuk negara orang pun ada caranya, ibarat nak masuk rumah orang. Kita hadir sebagai pengaman. Kalau kita main aci redah je masuk negara orang, kita sebenarnya hulur tengkuk anggota kita, menceroboh namanya. Kalau di Syria, siapa pun tak leh tahan dan ada ura-ura seasoned fighter terlibat. Tapi konflik di Syria ni terlalu banyak tangan asing dan menjadi perhatian negara-negara kuasa besar.Yang menjadi masalah, kenapa jiran-jiran mereka sendiri, jiran Arab sendiri enggan nak campur tangan dengan menghantar askar mereka ke sana. Lidah memang tak bertulang - cakap senang, tapi nak buat belum tentu boleh dapat. Nak hantar ke sana pun dah telan belanja. Kat sini pula, kita masih terancam dengan ancaman musuh - baik dalam atau luar. Kiram dan kuncunya masih mengintai Sabah tu.
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 06:43:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015