“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut - TopicsExpress



          

“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.Ramai di kalangan kita suka berjanji tetapi sering terlupa untuk menunaikan janji. Sedangkan Allah telah berkali-kali memperingatkan kepada hamba-hambaNya tentang kepentingan menunaikan janji. Ayat di atas dan dikukuhkan dengan ayat-ayat al-quran yang lain membuktikan janji itu bukan harus ditunaikan, tetapi wajib ditunaikan. Lebih-lebih lagi janji itu bersangkut paut dengan Allah pencipta alam.Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “ (HR.Muslim).Semua dalil dari al-quran dan hadis di atas sudah jelas membuktikan kepada kita bahawa memungkiri janji itu suatu perkara yang dipandang serius dalam islam. Malah sifat ini sering disifatkan dengan sifat orang munafiq. Siapa itu munafiq? Munafiq adalah golongan yang mengaku dirinya islam tetapi pada hatinya tersimpan kebencian pada islam malah menolak kebenarannya. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan ini? Sudah pasti tidak. Malah kita pasti membencinya. Dan ingatlah golongan munafiq ini di akhirat kelak pasti dicampakkan ke dasar terdalam di dalam neraka.
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 10:19:22 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015