Dari ABS Marketing cara lama.... Dalam buku-buku marketing - TopicsExpress



          

Dari ABS Marketing cara lama.... Dalam buku-buku marketing konvensional, kita diberitahu begini: + Mula-mula fikirkan produk apa yang hendak dikeluarkan. + Katakanlah, kita hendak membuat baju kurung tradisional yang akan dipakai oleh ibu-ibu muda yang menyusui baby mereka. + Jadi, kita desainlah dan buatlah baju-baju kurung yang macam itu. Sesudah kita buat baju-baju kurung itu, barulah kita merancang strategi marketingnya. . Ertinya, kita buat dulu produk. Kemudian baru kita buat pula rancangan marketingnya. Banyak peniaga Melayu terbakar tangan disebabkan mereka menggunakan strategi marketing dalam buku-buku lama itu. Sebagai contoh, ada peniaga yang meminjam RM50k dari bank bagi membayar kos mengeluarkan 5000 kotak krim penghapus parut kesan kehamilan. Kemudian baru si peniaga memikirkan bagaimana hendak memarketkan krim itu. . Marketing cara konvensional macam itu sudah tidak sesuai lagi digunakan dalam era internet. Dengan wujudnya internet, kita semestinya sudah dapat cuba memarketkan produk yang hendak dikeluarkan itu sebelum kita pergi ke kilang dan mengeluarkannya. Jika terbukti krim itu tidak mendapat respon positif, batalkan sahaja rancangan kita hendak mengeluarkannya.
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 05:33:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015