Dari ABS Tentang formula 50-50.... Banyak orang yang baru - TopicsExpress



          

Dari ABS Tentang formula 50-50.... Banyak orang yang baru hendak memasuki bisnes tidak mempunyai modal wang yang cukup. Lalu mereka mencari rakan-kongsi yang mempunyai duit. Sebagai umpan supaya orang itu mahu memberikan wang modal, dia menawarkan formula 50-50 dalam pembahagian keuntungan dengan rakan kongsi. Banyak belaku dalam kes perkongsian keuntungan, di mana pihak yang mula-mula mencadangkan formula 50-50 itu kemudiannya dia sendiri pula yang tidak puas hati dengan hasil aplikasi formula 50-50 itu. . Formula 50-50 ini nampaknya macam sangat logik dan adil. Maklumlah kedua-dua pihak menerima bahagian sama banyak. Benarkah? Ini kesilapan peniaga amatur. Mereka sangka dapat sama banyak adalah adil. Tidak! Formula dapat sama banyak boleh menghasilkan kezaliman. Formula 50-50 hanya betul dan adil dalam situasi apabila sememangnya kedua-dua pihak menyumbang 50-50 kepada keuntungan. Situasi begitu sukar berlaku! . Pembahagian keuntungan semestilah berdasarkan modal yang disumbangkan. Tetapi modal bukan sahaja dalam bentuk duit. Ada banyak jenis-jenis modal. Setiap jenis modal layak menerima imbuhan yang berbeza. Contoh jenis-jenis modal bukan-duit yang menyumbang kepada keuntungan projek: + Bakat + Kelulusan profesional + Pengalaman kerja + Nama baik + Networking + Usia + Rupa paras dan personaliti + Status sosial + Track record .
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 11:19:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015