Dari KELANTAN: Kisah 361 Ditulis pada 6:30 petang, 30/7/2013, - TopicsExpress



          

Dari KELANTAN: Kisah 361 Ditulis pada 6:30 petang, 30/7/2013, Pasir Puteh Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 19 Assalamualaikum diucapkan kepada semua sahabat FBku yang baik hati. Didoakan pada pagi ini sihat sejahtera, ceria bahagia.Amin. Baiklah, kepada yang sudah terlupa hari dan haribulan, dimaklumkan : 1) Hari ini hari Selasa 2) Hari ini 30/7/2013 3) Hari ini hari ke-21 kita berpuasa 4) Bulan 7 ini ada 31 hari. Ya esok hari Rabu dan masih bulan 7 ya. 31/7/2013 5) Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini dijangka pada 8/8/2013 (Hari Khamis ) 6) Dan....bacaan al-Quran kita...? Ehem...sudah berapa juz? 7) Jangan panik, masih ada ruang dan peluang untuk mengatur strategi sehingga malam raya. Yang penting tekad mahu khatam itu!. Yang penting niat itu. Yang penting kita mahu menang melawan hawa nafsu! 8) Didoakan pada ramadhan kali ini, kita semua; khasnya yang sudah bertekad begitu, (sila rujuk Kisah 339 ) . Boleh khatam 30 juz al-Quran! 9) " Apa nak jadi jadilah...yang penting ramadhan kali ini saya mesti berjaya khatamkan 30 juz. Amin, amin, amin...ya Allah." Begitulah agak-agaknya azam kita.
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 22:45:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015