Dari kelas ABS Seorang Ahli ABS adalah pengeluar pakaian - TopicsExpress



          

Dari kelas ABS Seorang Ahli ABS adalah pengeluar pakaian muslimah. Syarikat beliau masih kecil. Beliau men-design sendiri fesyen yang beliau keluarkan. Permintaan untuk produknya adalah baik. Jumlah pelanggan semakin bertambah. Namun modal pusingan beliau tidak cukup bagi memenuhi semua permintaan dari pelanggan. Beliau memberitahu beliau stress apabila pelanggannya bertanyakan, "Mana produk baru?" . Inilah nasihat saya kepada beliau.... Kita tidak boleh mengeluarkan produk-produk baru kerana ada pelanggan bertanya? Itu bukan cara yang betul. Dalam bisnes, ada masanya kita mesti abaikan pertanyaan, permintaan, kekecewaan dan komplen pelanggan. Biarlah pelanggan marah-marah. Tebalkan telinga. Sediakan sahaja skrip bagi menenangkan kekecewaan pelanggan. Tujuan kita mengeluarkan produk baru bukanlah untuk menyukakan hati pelanggan yang kecewa. Dalam bisnes, kita mengeluarkan produk-produk baru adalah bagi mengembangkan bisnes kita. . Dalam industri penerbitan buku, penerbit tidak akan mengulang cetak judul yang sudah habis dalam gudang, melainkan ada order untuk 400 unit minimum. Kalau setakat ada 50 pembeli buku yang marah-marah, penerbit tutup telinga sahaja..... .
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 21:41:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015