Definisi Konsep Kendiri Siapa saya? Ke mana saya akan - TopicsExpress



          

Definisi Konsep Kendiri Siapa saya? Ke mana saya akan tuju? Kenapa saya? Bila kita menjawab soalan di atas, bermakna kita telah menerangkan tentang ‘Konsep Kendiri’ iaitu: matlamat kita, nilai kita, kekuatan dan kelemahan kita cara hidup kita atau ‘gaya hidup’.Bagaimana kita dan orang lain melihat kita bergantung bagaimana kita jawab soalan ini (Hamachek. 1971) Menurut Brown (1998), ‘Konsep Kendiri’ ialah ‘Tanggapan kita terhadap diri kita sendiri.’ Apabila kita memulakan pernyataan dengan menggunakan kata ‘saya’ atau ‘aku’, seperti katanya, ‘ Aku ialah seorang yang cantik , peramah, gagah….dsbnya, maka ini telah menerangkan tentang maksud konsep kendiri. Konsep Kendiri (Pengenalan diri) iaitu tanggapan seseorang terhadap fizikal, psikologikal, dan ciri-ciri sosial; serta sikapnya, kepercayaan dan fikiran. Konsep Kendiri terdiri daripada imej diri dan Estim kendiri(Ainon Mohd, 2003). Dikenali juga sebagai imej diri. Setiap individu mempunyai imej tentang siapa dirinya. Imej ini terdiri daripada segala perasaan dan fikirannya terhadap segala bakat, keupayaan, keistimewaan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan. Seringkali disamakan juga dengan ‘estim kendiri’. Namun sebenarnya estim kendiri ialah penilaian yang menyeluruh tentang perasaan yang dirasai berkenaan nilai diri sendiri atau mudahnya adalah maruah Justeru itu, pilih yang bersesuaian dengan apa yang diimpikan. Faham matlamat dengan jelas dan apa tindakan utama yang perlu SAYA lakukan.. Sekadar perkongsian.
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 15:56:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015